Skip to main content

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

whatsapp-image-2024-09-07-at-12-22-44-pm.jpeg

 
Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.
 
Festival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan hiburan untuk semua pengunjung.

Pengarah Astro Audio, Priya Prabakaran berkata, antara tarikan utama SYOK Fest 2024 adalah sesi Meet & Greet bersama podcaster seperti Sudirman Mohd Tahir dari Confession Bilik Gelap dan The Gadys dari Pompuan Untuk Perempuan Sahaja.

“Pertunjukan tarian yang turut disajikan merangkumi KPOP Dance, Dikir Barat, dan Ragga Dance Show. Festival ini turut mendapat sokongan daripada SP Setia dan Cuckoo, di mana kedua-dua syarikat ini akan membuka booth mereka untuk berkongsi produk terkini dengan para pengunjung," katanya ditemui Gempak.
 
Selain itu, pelbagai booth dan gerai jualan makanan juga disediakan, termasuklah daripada KUEH, yang menawarkan hidangan tempatan dengan harga istimewa.
 
Sementara itu, acara khas KITA fm akan bersiaran langsung selama 18 jam dari lokasi festival, melibatkan 13 stesen radio dalam 4 bahasa – Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.
 
Pelancaran Kita FM dirasmikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang dalam masa sama turut menyokong usaha Astro menghargai pemain industri dalam audio siar atau podcast menerusi program Podcast Creator Fund.
 
"Ini merupakan satu lagi inisiatif dari Astro Radio untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia.
 
"Tidak ketinggalan, SYOK FEST 2024 turut memperkenalkan ‘Podcast Creators Fund’, yang menyediakan Dana SYOK sebanyak RM20,000 untuk empat podcaster terbaik," katanya.
 
Beliau berkata dana itu akan diberikan kepada podcaster yang terpilih, dan kandungan mereka akan dimuat naik di platform rasmi SYOK untuk memberi mereka peluang untuk berkongsi kreativiti mereka dengan audiens yang lebih luas.
 

"Jangan lepaskan peluang untuk menyertai festival terbesar tahun ini! Masuk adalah percuma dan semua dijemput hadir untuk memeriahkan suasana.

 
"Untuk maklumat terkini mengenai SYOK FEST 2024, layari laman web rasmi SYOK atau muat turun aplikasi SYOK di telefon pintar anda," katanya.

Must-Watch Video

Advertisement