Hiburan
“The Guy With The Mint Green Hair Is So Hot!” – Jadi Penyampai Grammy Award, BTS V Jadi Viral
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BTS, V menjadi viral di seluruh dunia selepas menjadi penyampai anugerah di Grammy Awards ke-61 yang berlangsung semalam.
V atau nama sebenarnya Kim Taehyung hadir ke anugerah berprestij itu dengan rambut berwarna ‘mint green’.
Tidak cukup dengan warna rambut menyerlah, penampilan V yang lengkap memakai suit berona hitam menyerlahkan lagi kekacakan pemuda berusia 23 tahun itu.
Bukan sahaja peminat, malah netizen juga sudah mula jatuh hati dengan pemuda yang pernah merangkul gelaran lelaki paling kacak di dunia pada tahun 2017 itu.
Segelintir netizen yang tidak mengenali BTS dan hanya mengetahui kewujudan kumpulan berkenaan selepas menonton Grammy Award mula bertanyakan mengenai V.
Malah, nama sebenar V, Taehyung mula menjadi trending di beberapa buah negara antaranya Malaysia, Arab Saudi, Portugal, dan Poland sejurus kumpulan itu selesai memberikan trofi kepada pemenang.
Antara reaksi yang diberikan adalalah:
BTS dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat, RM, Jin, Suga, J-Hope, Jin, Jimin, V, dan Jungkook diberi tanggungjawab untuk menyampaikan anugerah bagi kategori album R&B terbaik dan trofi itu dimenangi oleh H.E.R.
Di sini Gempak kongsikan beberapa foto viral V yang sehingga kini masih lagi menjadi sebutan netizen.
Foto: Twitter
Must-Watch Video