,
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: “Ada Vibe Kak Nita, Rindu Pula” - Netizen Suka Persembahan Noryan Aziz! Memang Next Level

Mya Amri
02/10/2023
12:55 MYT
Persembahan bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Noryn Aziz di konsert minggu kedua merupakan antara yang mendapat perhatian netizen.
Berdiri dengan yakin di atas pentas sambil mengambil mood untuk menyampaikan lagu berjudul Akhirnya Kini Pasti nyanyian asal penyanyi lagenda, Anita Sarawak, ternyata Noryn mempunyai persona tersendiri.
Dengan memakai busana ‘bling bling’ berwarna merah yang cantik, gaya dan tenaga energatiknya juga turut disamakan dengan vibe Anita Sarawak.
Malah juri tetap, Datuk Syafinaz Selamat juga menganggap persembahan Noryn itu sebagai sesuatu yang agak berlainan berbanding sebelum ini.
“Saya suka this is different! Tapi perlu really alert dengan intonation, lagu ni banyak attack, kena follow dengan musician.
“Bukan senang nak buat sesuatu yang kita dapat dalam beberapa hari je. Good job. Kena work on technical issue, pentatonic skill,” ujarnya ketika memberikan komen.
Perkara itu juga turut diakai oleh netizen yang rata-ratanya menyatakan Noryn berjaya mengubati rindu mereka terhadap Anita Sarawak.
BACA: GV10: Kejutan! Cliff Umar & Suki Tersingkir Di Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Untuk minggu kedua ini, Noryn berjaya mendapat peratusan markah sebanyak 69.25% sekaligus meletakkan dirinya di kedudukan keenam.
Selain daripada itu konsert kedua ini menyaksikan Cliff Umar dan Suki Low diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Menyanyikan lagu Tak Ingin Usai dan Laskar Cinta masing-masing menduduki tempat terakhir dengan markah 56.25% dan 53.25%.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ronnie Hussein, Illa Sabry,Ning Baizura Bakal Sertai GV11? Peminat Mula Cadang Pilihan Masing-Masing - “Nak Tengok Mas Idayu Masuk”

gempak
04/11/2024
06:25 MYT
Antara nama yang dilihat telah disenarai pendekkan untuk menyertai program itu adalah Illa Sabry, Sheila Abdul, Fairuz Selamat, Ronnie Hussein dan Ning Baizura.
Hiburan

Leaked! Imran Ajmain, Aiman Tino, Farah Diana antara yang tersenarai GV 11?

gempak
17/10/2024
00:55 MYT
Mana tidaknya, walaupun senarai nama peserta untuk musim kesebelas masih belum diumumkan pihak produksi namun sudah ada beberapa nama yang dijangka bakal menghiasi program hiburan tersebut.
Hiburan

Netizen Petik Nama Bakal Sertai Gegar Vaganza, Ini Respon Wany Hasrita - “Saya Rasa Kena Tunggu..”

gempak
06/09/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wany Hasrita mengulas spekulasi mengatakan dirinya bakal menyertai program, Gegar Vaganza.
Hiburan

“Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak Sempat Ucap…” - Tom

gempak
28/08/2024
02:20 MYT
Penyanyi Tom berkongsi detik pertemuan semula dia dengan suaminya yang juga penyanyi Fuad Rahmad ketika di sidang media program Gegar Vaganza (GV9).
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Anmum