Skip to main content

Budaya Popular

Tak Sangka Muzik Dangdut Diterima Baik, Feel Koplo Simpan Hasrat Nak ‘Remix’ Lagu Siti Nurhaliza - “Ya, Kami Sedar…”

whatsapp-image-2024-11-04-at-3-41-05-pm.jpeg

Sangkaan tiga anak muda dari Indonesia, Feel Koplo jauh tersasar apabila awalnya memikirkan persembahan musik dangdut yang dibawa mereka tidak diminati pendengar negara ini ternyata meleset.

Ternyata kemunculan mereka pada malam persembahan di Helipad Petronas Sepang International Circuit malam tadi menggamitkan suasana di situ dengan jeritan peminat di situ.
 
Maulfi berkata, ini merupakan konsert terindah buat kumpulan itu memandangkan penerimaan peminat di Malaysia terhadap irama dangdut sangat positif.

 
"Kami faham kalau Indonesia irama dangdut ini sudah biasa. Tetapi di Malaysia ini pada mulanya memang kami agak 'kaget' (terkejut) bagaimana mereka mahu terima irama itu disini.Tapi nyata semuanya enjoy," katanya.
 
Penyanyi dari Indonesia yang terkenal dengan lagu Hura Haru juga menyimpan impian untuk remix lagu penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
 

"Ya kami sedar penyanyi Datuk Siti terkenal serata dunia. Bagi kami, jika ingin dangdut ini diterima semua pihak, kita perlu membawakan lagu-lagu popular untuk jadikan remix,” ringkasnya.

 
Feel Koplo merupakan gandingan tiga anak muda yang seringkali menyanyikan lagu  versi ulang dari lagu-lagu pop dengan sentuhan dangdut yang unik. 
 
Pada malam konsert itu lebih sepuluh lagu dibawakan kumpulan berkenaan antarayna Angin Benderu Kencan dan Hura Haru.
 

Must-Watch Video

Advertisement