Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

All Stars Gegar Vaganza: Ayai Illusi Terselamat, Tiada Penyingkiran Konsert Ketiga! Tok Ram Warning Nyanyi Elok-Elok Next Week

Amri Hassan
08/10/2023 16:43 MYT
Konsert ketiga All Stars Gegar Vaganza menyaksikan tiada penyingkiran bintang yang bertanding berbanding dua penyingkiran pada minggu lepas.

Tiadanya penyingkiran sekali gus menyelamatkan Ayai Illusi yang berada di tangga terbawah pada minggu ini dengan markah 51.75%.

Manakala Zamani berada di tempat kedua terbawah dan Datuk Aishah di tempat ketiga terbawah dengan markah masing-masing 53.75% dan 57.25%.

Jaclyn Victor kembali bangkit dengan markah tertinggi iaitu 76% dan Liza Hanim di tangga kedua dengan markah 74.75%.

Konsert keempat dengan tema Berdua Bersatu bakal menyaksikan kesemua bintang yang bertanding akan membuat persembahan berduet dengan artis pilihan.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. 

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. 

Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.
PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.

BACA: GV10: Kejutan! Cliff Umar & Suki Tersingkir Di Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza​

#GV10 #All Stars Gegars Vaganza