Bukan lima tapi enam! Itulah kejutan yang dilakukan dalam All Stars Gegar Vaganza yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Shah Alam sebentar tadi.

Enam peserta yang ikut bertanding dalam GV menerusi tiket Hot Seat ternyata bukan calang-calang.

Kemasukan Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Ezad Lazim, Zamani dan Liza Hanim dilihat mampu memberi saingan sengit dan ‘kesusahan’ buat 10 peserta yang merupakan juara untuk setiap musim Gegar Vaganza sebelum ini.

Menerusi persembahan yang dipamerkan keenam-enam peserta Hot Seat yang masuk melalui undian peminat memang mahu menang dan bukan sekadar tempelan.

Justeru buat ke-10 peserta sedia ada iaitu Ayai Ilusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu serta Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9), kemasukan enam peserta akan memberi mereka kesukaran untuk bersaing pada setiap minggu sebelum dinobatkan sebagai juara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, 000.

All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.