Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

All Stars Gegar Vaganza: Juri Kurang Puas Hati, Awas! Syafinaz Tegur Peserta: “Tak Fair…”

Maliah Surip
09/10/2023 06:50 MYT
Minggu ketiga All Stars Gegar Vaganza (ASGV), menyaksikan barisan peserta yang masih bertanding terselamat daripada penyingkiran.

BACA: GV10: Ayai Illusi Terselamat, Tiada Penyingkiran Konsert Ketiga! Tok Ram Warning Nyanyi Elok-Elok Next Week

Meski tiada penyingkiran, ketiga-tiga para juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S kurang berpuas hati dengan kualiti persembahan peserta.

Menyifatkan para peserta yang bertanding sebagai profesional dan bekas juara GV yang sudah berpengalaman, mereka menantikan sesuatu yang ‘extra’ dan bukan sekadar membuat persembahan untuk peminat.

Syafinaz atau Tok Nas juga menegur sikap segelintir peserta yang dilihat seperti kurang mempunyai usaha untuk menampilkan sesuatu yang layak digelarkan juara.

“Kita (GV) nak beri RM200 ribu ni, jadi perlu mencari yang terbaik.

“Kita lihat ada peserta yang memberi penuh effort (usaha) jadi tak fair (adil) buat ‘ala-ala’ saja.

“Letak usaha kerana kita mengambil kira semua aspek kerana pada akhirnya ini adalah pertandingan. Kita tak mahu yang biasa-biasa,” tegur Tok Nas sewaktu sidang akhbar selepas tamat GV minggu ketiga.

Antara peserta yang masih bertanding adalah Dato Aishah, Zamani, Ezad Lazim, Nikki Palikat, Azharina dan Liza Hanim serta Tomok.

Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse serta Elly Mazlein dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
#Juri #Syafinaz Selamat #Komen #GV10 #All Stars Gegar Vaganza #GVX