Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10), Cliff Umar menjelaskan dia tidak terasa hati atau mengambil serius dengan usikan pengacara, Elly Mazlein minggu lalu.

Menurut Cliff, dia berharap agar netizen tidak lagi menghentam Elly disebabkan usikan tersebut kerana baginya penyanyi itu hanya menjalankan tanggungjawab sebagai hos.

“Kak Lina hanya melakukan kerja dan bagi saya tak patut pun netizen hentam sebab dia buat kerja iaitu menghiburkan orang.

“Sejujurnya saya tak ada terasa hati pun dengan Kak Lina. Di Malaysia, netizen suka dihiburkan dengan cara yang begitu.

“Jadi itu bukan satu masalah pun untuk saya, saya okay sahaja,” katanya.

Cliff berkata demikian ketika ditemui sejurus tamat konsert kedua All Stars Gegar Vaganza bertempat di MBSA pada Ahad.

Dalam pada itu, Cliff juga mendedahkan Elly telah pun meminta maaf sejurus dia selesai melakukan persembahannya minggu lalu.

“Sebenarnya saya pun tidak dengar apa yang dia cakap, apa usikan dia.

“Masa dia minta maaf itu saya sejujurnya tengah blur, dalam kepala saya macam kenapa Kak Lina minta maaf, apa yang dia buat?,” ujarnya.

BACA: GV10: Kejutan! Cliff Umar & Suki Tersingkir Di Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza

Konsert minggu kedua GV10 Cliff Umar dan Suki Low diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Menyanyikan lagu Tak Ingin Usai dan Laskar Cinta masing-masing menduduki tempat terakhir dengan markah 56.25% dan 53.25%.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.