HIBURAN
Nabila Razali Teruja Dilantik Jurucakap Acara BMC Family 360° - "Sebagai Seorang Ibu..."
Penyanyi popular Nabila Razali teruja diumumkan jurucakap pesta dan karnival keluarga BMC Family 360° bertemakan “A Step to the Future”.
Kata Nabila, pihaknya menyambut baik acara berskala besar yang meraikan peranan keluarga sebagai teras kepada masa depan yang lebih baik.
"Sebagai seorang ibu, isteri dan seorang wanita kerjaya, UN SDG telah menyediakan satu pelan tindakan bagi saya dan keluarga saya untuk membina dan membangun satu keluarga yang mampan, aman dan makmur, biarpun sekarang mahupun masa depan.
"Melalui SDG, barulah saya sedar kemampanan bukan hanya terhad kepada alam sekitar tetapi ada banyak aspek yang lain termasuk sosial dan ekonomi," katanya.
Acara anjuran Ai Global dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), BMC Mall, iBidan dan CelcomDigi ini akan berlangsung di BMC Mall, Bandar Mahkota Cheras dari 19 hingga 21 September 2025, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Sepanjang tiga hari penganjuran, Nabila akan tampil dalam beberapa segmen utama termasuk sesi bertemu peminat, persembahan khas serta siri kempen promosi menjelang acara utama.
Kata Pengarah Urusan Ai Global, Prof. Dr. Ng Kheng Lun, pemilihan Nabila sebagai jurucakap adalah simbolik kepada mesej yang ingin disampaikan oleh BMC Family 360°.
"BMC Family 360° bukan sekadar sebuah pesta dan karnival, tetapi sebuah platform komuniti untuk keluarga melangkah ke masa depan dengan lebih sejahtera dan berdaya tahan. Kami percaya bahawa kekuatan keluarga adalah asas kepada masyarakat yang makmur dan harmoni," katanya.

.jpg)
BMC Family 360° bakal membawa pengalaman unik dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi pameran dan showcase selaras dengan 17 UN SDG, pertandingan esports, pertunjukan kebudayaan, pameran inovasi, mini zoo serta hiburan keluarga yang dijangka menarik lebih 10,000 pengunjung dari Kajang, Cheras dan sekitar Lembah Klang.
Must-Watch Video