GV11: Ning Baizura Terbuka Bakal Dikomen Juri & Rakan Industri - "Datuk Syafinaz Memang ..."
Ernalisa
08/11/2024 05:55 MYT
08/11/2024 05:55 MYT
Penyanyi Ning Baizura jujur menyatakan dia bersedia untuk dikritik hebat oleh rakan seangkatannya yang juga juri tetap Gegar Vaganza 11, Datuk Syafinaz Selamat.
BERITA BERKAITAN: Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”
BERITA BERKAITAN: GV11: Ning Baizura, Ronnie Hussien, Liza Aziz, Shiela Abdul & Reshmonu Antara 14 Bintang Yang Bakal Bertanding Tahun Ini!
BERITA BERKAITAN: Ronnie Hussein, Illa Sabry,Ning Baizura Bakal Sertai GV11? Peminat Mula Cadang Pilihan Masing-Masing - “Nak Tengok Mas Idayu Masuk”
BERITA BERKAITAN: X-Change: Cinta Tak Kenal Warna Kulit, Ini 5 Pasangan Berlainan Bangsa Yang Popular Di Malaysia
Menurut penyanyi bersuara soprano itu, dia akan bersikap profesional dan sentiasa terbuka dengan setiap teguran juri terutama daripada Datuk Shafinaz sendiri.
"Saya dah bersedia. Datuk Shafinaz memang kita tahu dia adalah selayaknya untuk menjadi juri dan sekaligus memberi komen kepada peserta.
"Jujur bagi saya, saya terbuka. Mungkin saya pun dah lama tak nyanyi jadi ada yang kurang sana-sini. Jadi teguran itu untuk menegur kesalahan saya.
"Saya dah bersedia untuk itu semua. Tetapi kalau netizen yang komen. Saya tak perlu ambil pusing," katanya kepada Gempak.
GV tahun ini menampilkan juri tetap yang sama iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Rancangan yang bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam itu bakal dihoskan Nabil Ahmad serta Jihan Muse.
GV11 kali ini menampilkan penyanyi ‘otai’ dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Selain Ning Baizura, Liza Aziz, Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Illa Sabry, Sheila Abdul, Arrora Salwa dan Zehra Zambri.
Selain itu, GV 11 menyaksikan penglibatan lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif.