Gegar Vaganza 11

Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”

gempak
Asyraf Roslan
06/11/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Mahu Beri Momen Terindah, Ning Baizura Sertai GV 11 Kerana Ibu - “Bukan Untuk Menagih Simpati, Tapi…”
Penyanyi, Ning Baizura memberi kejutan kepada peminat apabila muncul sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke-11.
Menurut pelantun lagu Awan Yang Terpilu itu, antara sebab dia mahu menyertai program realiti popular itu adalah kerana mahu menghadiahkan momen indah buat ibunya, Satilah Abdullah yang kini menghidap dimensia.
Jelas Ning, dia mahu insan paling penting dalam hidupnya itu melihat anaknya kembali beraksi di kaca tv selepas sekian lama tidak membuat kemunculan.
“Ibu saya dalam keadaan yang sudah berusia dengan penyakit dimensia dialaminya, saya rasa ini adalah waktu terbaik untuk lihat anaknya keluar televisyen (TV).
“Rasa sebak sebab dia mungkin tak ingat bila kali terakhir saya buat persembahan di TV, jadi inilah hadiah terbaik untuk saya beri kepada dia.
“Ibu saya sudah sakit tiga tahun. Dia cergas, tapi saya sedih sebagai anak. Saya sebagai anak mampu memberinya kenangan terindah.
“Ini adalah diantara kenangan terindah yang saya berikan kepada dia supaya tidak lupa dan boleh lihat persembahan anaknya sekali lagi. Dulu pun dia adalah pengurus saya,” katanya pada sidang media pengumuman peserta GV11 di Park Royal Collection Hotel, pada Rabu.
Pada masa sama, pemilik nama Ning Baizura Sheikh Hamzah juga menyatakan dia mahu berikan yang terbaik buat ibunya yang sudah membantu dirinya sehingga menjadi penyanyi berjaya.
“Bukan untuk menagih simpati, tapi ini saya buat untuk ibu.
“Untuk ibu melihat sekali lagi saya keluar TV. Ulang tahun ibu jatuh pada 1 Disember.
“Kalaulah saya masih kekal dia mahu datang untuk menonton persembahan saya. Mungkin dia tak tahu perasaan saya, tapi untuk orang di luar sana harus faham mengapa saya memilih jalan ini.
“Saya mahu memberikan yang terbaik kerana dia yang bertanggungjawab menjadikan saya begini,” katanya.
Mengulas pembabitannya dalam GV11, Ning berkata, ini adalah platform terbaik untuk dia menimba lebih banyak ilmu berharga daripada komen yang bakal diberikan oleh juri. Ning bakal memberi saingan sengit kepada 13 peserta lain antaranya Liza Aziz, Ronnie Hussein, Arrora Salwa, Sheila Abdul dan kumpulan trio dari Indonesia, The Lima.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse. GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024