Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

Ernalisa
11/11/2024 12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui pada awalnya sukar membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menyertai GV11.

BERITA BERKAITAN: Abang Kritikal Kerana Covid-19, Zehra Zambri Kesal Rawatan Lambat Diberikan

BERITA BERKAITAN: Rotan Anak: Bekas Suami Ziana Zain Terlepas Hukuman Penjara, Didenda RM8,000

BERITA BERKAITAN: GV11: Reshmonu Teruja, Sahut Cabaran Nyanyikan Lagu Dangdut - "Itu Memang Susah, Saya Pun Tak Dengar ..."

BERITA BERKAITAN: GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

Jelas Zehra, dia bagaimanapun tekad memilih untuk menyertai GV11 memandangkan tawaran berkenaan bukan peluang mudah.

"Susah juga..tetapi bila fikir semula saya sekarang pun bukan pekerja tetap jadi saya tekad untuk tinggalkan karier yang telah saya bina.

"Tetapi saya tak pernah menyesal dengan keputusan saya. Kerana ini juga antara minat saya sejak dahulu. Cuma mungkin saya kurang bernasib baik dalam bidang nyanyian.


"Mungkin kali ini rezeki saya. Kita pun tak tahu kalau ada yang lebih baik untuk saya. Apa pun saya berterima kasih kepada majikan sekarang kerana mereka juga memberi saya peluang untuk mencari rezeki disini," katanya kepada Gempak.


Dia yang terkenal dengan lagu-lagu irama etnik dan pop bagaimanapun mengaku tidak mudah untuk berentap bersama-sama bintang GV11 lain yang ternyata mempunyai kelebihan masing-masing.

"Secara jujurnya saya sedikit nervous sebab dah lama tak menyanyi. Lepas tu kalau kita lihat peserta lain semua hebat-hebat.


"Tapi Insya-Allah Zehra akan cuba sehabis baik dengan peluang yang diberikan Astro.Bukan senang untuk saya dapat peluang sebegini," katanya.


Bermula 24 November ini, program hiburan terkemuka di Malaysia, Gegar Vaganza 2024 terbitan Astro akan kembali bersiaran.

Kali ini, program itu menampilkan 13 penyanyi solo dan sebuah kumpulan masyhur dari Indonesia, The Lima akan bersaing merebut kedudukan.

Rancangan fenomena program realiti nyanyian popular di Malaysia ini memberi peluang kedua kepada penyanyi-penyanyi lama untuk kembali ke pentas hiburan.

Rancangan itu mula disiarkan oleh Astro Ria pada tahun 2014 dan bertujuan untuk memperkenalkan semula artis-artis lama kepada generasi baru sambil menghidupkan semula karier mereka dalam industri muzik.

#Kerja #Tak #Berhenti #Menyesal #Zambri #Zehra
;