11 bintang bersama pasangan duet cemerlang pada konsert minggu keempat Gegar Vaganza 2019 (GV2019).
Dengan tema Haa Tepuk!, bintang GV2019 digandingkan bersama barisan penyanyi sensasi tanah air serta alumni Gegar Vaganza dari musim terdahulu.
Jatt Ali mendapat kedudukan pertama dengan persembahan bertenaga lagu Debunga Wangi duet bersama juara Gegar Vaganza musim pertama, Ayai Ilusi.
Namun kumpulan Kool terpaksa berputih mata apabila kecundang di minggu keempat selepas diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Nurfatima, One Nation Emcees, Roy dan Sham Visa antara bintang yang menunjukkan peningkatan dan mendapat pujian daripada juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Jamal Abdillah.
Manakala Naqiu Boboy, Wann dan Noorshila Amin berada di kedudukan lima paling bawah.
Jatt Ali juga dipilih sebagai penerima Artis Cili Padi Paling Power pada minggu ini.
Bintang berusia 63 tahun itu menerima hadiah istimewa wang tunai RM3,000 dan bekalan produk Adabi selama dua bulan bernilai RM500.
Manakala Sham Visa meraih anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang periuk serbaguna bertekanan tinggi QIO bernilai RM1,886.
Penyanyi veteran A. Halim diundang sebagai penerima sumbangan Farm Fresh Kongsi Rezeki bernilai RM10,000.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Jatt & Ayai Ilusi - Debunga Wangi (77%)
Datuk Ramli MS: Inilah nyanyian duet! Orang lama komited dia lain. Nyanyian sama bagus.
2. Nurfatima & Liza Hanim - Anggapanmu (76%)
Hetty Koes Endang: Malam ni persembahan kamu yang paling baik sepanjang empat minggu. Bonda menanti di mana power kamu, sebelum ni tak dapat. Malam ni kolaborasi yang mantap. Ending, tembakannya tepat!
3. Roy & Amelina - Yang Tersayang (75%)
Hetty Koes Endang: Salah satu peserta yang nekad. Lain daripada lain, sesuatu yang segar. Kamu berhasil dapat cengkok dangdut. Pentas ini besar, jangan duduk statik. Penggunaan suara dangdut sudah aman. Perpaduan kalian berdua berhasil. Bonda terhibur.
4. Hady Mirza & Siti Sarah - Kisah Ku Inginkan (71%)
Datuk Jamal Abdillah: Umur 39 tahun awak boleh menyanyi baik macam ni, nada tiada yang sumbang dan tiada sharp, sedap kita dengar. Dapat bergabung dengan Siti Sarah, dia bagi yang terbaik. Padu!
Hetty Koes Endang: Persembahan hampir sempurna tapi tidak total. Terutama di bahagian ‘di dalam cinta’ kerana sharpnya sangat keluar daripada tone. Kalau fokus hilang, nada pasti tinggi. Persembahan hampir sempurna.
5. One Nation Emcees & Azharina - Layar Impian (69%)
Datuk Ramli MS: Kalau saya bandingkan dengan lagu asal, saya anggap lagu ni macam remix, its very good. Saya sangat suka dan kagum dengan intellectual kamu. Pembahagian suara sama rata, ada warna, cantik. Saya suka. Thank you very much.
6. Sham Visa & Marsha Milan - My Heart (68%)
Datuk Jamal Abdillah: Sebuah lagu romantik dan anda telah lakukan dengan begitu baik sekali. Touching saya tengok dengan kelembutan dan penghayatan.
Hetty Koes Endang: Saya agak tersinggug kerana tadi perempuannya bersungguh tapi kamu tak beri respon. Kamu harus beri pandangan indah. Tersinggung hari ini saya sebagai wanita. Harus ada interaksi. Tak boleh enjoy sendiri. Lebihkan energi. Untuk malam ni,saya terhibur.
7. Naqiu Boboy & Siti Nordiana - Gurauan Berkasih (63%)
Datuk Ramli MS: Harini biasa sahaja. Nasi ayam habis. Thank you very much.
Hetty Koes Endang: Kalau saya suka yang minggu lepas. Kenapa tidak seperti last week? Kamu tidak total dan malu-malu. Itu bekas pacar kamu? Sebetulnya harus lebih total. Suara kamu bonda suka. Jgn malu-malu. Semoga sukses minggu depan.
8. Wann & Aris Ariwatan - Engkau Laksana Bulan (57%)
Datuk Jamal Abdillah: Nampak manis bila pakai macam tu. Percubaan yang baik dari Wan. Gandingan yang bagus.
9. Feeza & Hafiz Suip - Bagaikan Sakti (57%)
Hetty Koes Endang: Penampilan pertama Feeza awalnya bagus, ada etnik jawa dan sunda. Perbezaan nada biasa dan nada etnik boleh diperjelaskan. Keseluruhannya, sebagai peserta pertama, kamu aman.
10. Noorshila Amin & Syamel - Aku Cinta (53%)
Datuk Jamal Abdillah: Sebuah lagu duet era terkini, jadi lagu ini sukar. Anda telah lakukan dengan hebat sekali.
11. Kool & Farawahida - Siapa Dia Sebelum Aku (49%)
Datuk Ramli MS: Berselerak menyanyi. Nada satu dan dua agak bersepah. Harmoni untuk lagu duet pun bersepah. Anyway, good try.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
Produk yogurt Farm Fresh Malaysia kaya dengan Kalsium, protien, potassium, phosphorus dan vitamin D yang baik untuk kekuatan tulang dan boleh mengelakkan masalah osteoporosis.
Azwa Rahman
Sun Nov 03 2019
Berang Dituduh Hasut Jenama Lain, Bella Astillah ‘Sound’ Ruhainies - “Macam Mana Boleh Terfikir Idea Fitnah Sampai Tahap Ini!”
Bella kongsi semula IGs Sarah Yasmine.
Nama Dipetik Dalam Perbualan Whatsapp Viral, Jenama Suplemen Beri Respons
Jenama suplemen terkemuka, Kitsui memberi respons susulan nama dipetik menerusi perbualan Whatsapp yang didakwa berlaku antara bekas dutanya dengan seorang pelakon lelaki.
Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.
Pengalaman Baru Menonton Filem Dengan Gaya Hip & Trendy Menerusi ‘Silent Cinema’ Di Malaysia!
Penerbit filem Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama RexKL untuk memberi pengalaman baru menonton filem-filem terbaik terbitan Astro Shaw secara ‘Silent Cinema’.
Caprice Nasihat Aliff Aziz Serahkan Bukti 400 Foto, Video Kecurangan Bella Astillah Kepada Polis - "Ada Mangsa Lain Yang DM..."
Caprice dedah Aliff buat laporan polis berhubung kecurangan isterinya.
Guna Banyak Singkatan Perkataan Pelik, 'Kod' Mesej 'MUSM' Aliff Aziz Kepada Ruhainies Trending Di X
Penggunaan singkatan perkataan 'Miss You (u) So Much' (MUSM) menjadi topik hangat di aplikasi X, semalam. Singkatan itu didakwa digunakan penyanyi, Aliff Aziz sebagai membalas mesej 'LUM' atau 'Love You (u) More' yang dihantar pelakon, Ruhainies. Singkatan-singkatan tersebut adalah antara kandungan mesej yang dipaparkan pada tangkap layar WhatsAp
“Dekat Situ Nampak Dia Push Aliff” - Bella Astillah Kecewa, Terkejut Suami Sendiri Didakwa Rancang Mahu Jatuhkan Dirinya
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mengakui kecewa dan sedikit terkejut apabila melihat tangkap layar perbualan Whatsapp yang didedahkan oleh satu individu baru-baru ini.
Kasihan Ibu Aliff Aziz, Dihentam, Dibenci Netizen... Sarah Yasmine Ambil Tugas Cerita Hal Sebenar!
Banyak Sarah 'spill the tea' fasal Aliff Aziz.
Nama Dipetik Isu Aliff Aziz, Isteri Caprice Tampil Pertahankan Diri - “Siapa Yang Terlibat Dalam Cerita Ini, Semua Bod*h!”
Isteri Caprice berang nama dipetik isu Aliff Aziz.
Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki Didakwa Caprice?
Panas! Lagi pendedahan Sarah.