Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

GV7: Luka Berdarah Di Bahagian Pipi, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Pada Muss

Mya Amri
24/11/2020 10:10 MYT
Bintang Gegar Vaganza (GV7) Muss menarik perhatian peminat sewaktu membuat persembahan Ahad lalu apabila terdapat kesan luka pada bahagian pipinya.
 
Luka bergaris panjang itu juga kelihatan seperti masih baharu kerana mempunyai kesan darah.
 
Bagaimanapun menerusi akaun Instagramnya, Muss memberitahu tidak perlu risau kerana itu merupakan kesan solekan khas untuk persembahannya pada malam berkenaan.
 
Coretan itu juga disertakan dengan foto yang merakamkan luka tersebut.
 
“Lagu Sembah guna make up effect… Okay ke saya bawa lagu Sembah? Memang bahagian permulaan tu saya tercepat sikit tapi saya kejar balik.
 
“Alhamdulilah dapat ke minggu ke-8. Saya pun usaha sebaik mungkin… Kalau ada rezeki ke minggu ke-9 ada lah. Kalau tak ada mungkin setakat tu je rezeki,” tulisnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by im mus (@immus2020)

 
Minggu ketujuh menyaksikan Muss berada dikedudukan kelima dengan peratusan markah 64.50%.
 
BACA: GV7: Oja Rampas Kedudukan Pertama! Ini Recap Dan Komen Juri Minggu Ketujuh
 
BACA: Aju Success Tersingkir - "Saya Pun Tak Percaya Dapat Bertahan Hingga Minggu Ketujuh"
 
BACA: Corat-Coret GV7: Aju Rindu Ibu, Anak Dara Tok Ram Cantik, Muss Belum Rezeki Timang Anak

 
Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
 
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
 
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
 
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
 
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
 
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020.
 
#Gegar Vaganza #GV7 #Muss