Juri tetap Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Datuk Ramli MS tidak menolak kemungkinan akan ada seorang atau lebih bintang yang bakal tersingkir minggu depan.

GV8: Tiada Penyingkiran! Nico G Tercorot, Aliff Aziz Tapau Juara Mingguan Lagi

Menurut Ramli, hal ini kerana sepanjang dua minggu konsert, masih tiada sebarang penyingkiran dilakukan.

"Perkara itu (tiada penyingkiran) perlu ditanya kepada pihak produksi, keputusan di tangan mereka. Jika tiada penyingkiran, maknanya tiadalah.

"Mungkin minggu depan penyingkiran secara ‘berjemaah’, empat sekali saya tidak tahu," katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai prestasi kesemua bintang minggu ini, Ramli menyifatkan persembahan mereka lebih baik berbanding minggu pengenalan.

"Much better. Kami para juri memang mahukan lebih lagi dan nampaknya mereka semakin selesa. Bukan selesa itu mereka sudah ‘relak’, tetapi selesa dalam segi persembahan di pentas GV," katanya.

Selain Ramli, kesemua bintang GV8 diadili dua juri profesional lain iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang selaku juri tetap.

Minggu ini, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar diundang sebagai juri jemputan dan diacarakan pasangan pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV musim ini akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 serta trofi.

Program tersebut membariskan 13 penyanyi yang menyaksikan persaingan tiga penjuru yang disertai artis-artis dari negara ini termasuk Indonesia dan Singapura.

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.