Laman Utama

GV9: Dah 3 Minggu Fuad Rahman Tak Sihat & Alami Batuk Berpanjangan - “Sakit Ini Datang Daripada Allah, Nak Hapuskan Dosa”

Asyikin Mayudin
20/11/2022
23:55 MYT
Penyanyi kelahiran Singapura Fuad Rahman mengakui dia berdepan dengan masalah kesihatan sejak tiga minggu lalu dan sedikit sebanyak menganggu persembahannya.
Akur tersingkir di minggu separuh akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) pada semalam, Fuad berkata dia ada berjumpa dengan doktor dan mengambil suntikan untuk tekak pada Selasa lalu.
“Sebenarnya saya sudah tiga minggu tak berapa sihat… mungkin sebab musim orang sakit. Saya alami batuk yang agak lama juga dan tekak memang sakit.
“Bila dah dapat rasa sebab sakit, dari situ saya dah cuba buat persembahan yang terbaik. Ikutkan Selasa lalu, saya ada ambil suntikan untuk tekak.
“Doktor memang cakap keadaan tekak saya tak berapa baik sebabkan batuk. Sejujurnya saya tak rasa kecewa pun tersingkir sebab sakit ini datang daripada Allah S.W.T, nak hapuskan dosa,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Fuad yang menyanyikan lagu Di Alam Fana Cintamu (Fotograf) mendapat markah rendah iaitu 58.30% menyebabkan dirinya menjadi peserta yang tersingkir.
Selain Fuad, penyanyi Dina Nadzir yang juga rakan duetnya menerusi lagu Boneka (Ernie Zakri) untuk minggu separuh akhir turut tersingkir apabila persembahan solonya dengan lagu Bukan Dia Tapi Aku (Judika) mendapat markah 59.20%.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fuad Rahman Nafi Back Up Aliff Aziz - “Bab Skandal Aku Tak Masuk Campur”

gempak
11/05/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan artis kurang senang melihat Aliff Aziz meneruskan kerjaya seni disebabkan kontroversi yang menimpanya.
Hiburan

Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”

gempak
25/04/2024
23:55 MYT
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Hiburan

Tom Dedah Sarah Yasmine Hubungi Fuad Rahman Sejak Tahun 2022, Ini Cerita Sebenar...

gempak
25/04/2024
08:25 MYT
Fuad pula keluarkan kenyataan.
Hiburan

Tom & Fuad Rahman Umum Nama Anak - “Wah Bapa Orang Singapura Ada Anak Malaysia”

gempak
19/03/2024
06:25 MYT
Wah sedap nama anak Tom & Fuad.
Hiburan

Netizen Minta Fuad Rahman Insaf & Ajar Anak Berzikir, Ini Respons Tom

gempak
10/03/2024
12:55 MYT
Alamak netizen ni...