Hanya tinggal dua minggu sahaja, 9 peserta bakal bersaing pada konsert minggu ke 8 Gegar Vaganza 9 (GV9) malam ini untuk mendapatkan tempat di separuh akhir.

Bertemakan Kata Di Kota, Nama Di Carta, 9 bintang akan menyampaikan lagu yang sehingga kini menjadi pilihan pendengar di stesen radio seluruh Malaysia.

Jom semak senarai penuh lagu-lagu konsert minggu kelapan GV9:

1. My baby you (Marc Anthony) - Bob Yusof

2. Coba (Faizal Tahir) - Shila Amzah

3. Mentera Semerah Padi (Datuk M Nasir) - Tomok

4. Hijau (Datuk Zainal Abidin) - Dina Nadzir

5. Rozana (Search) - VE

6. Lelaki Ini (Anuar Zain) - Jaclyn Victor

7. Widuri (Broery Marantika & Dewi Yull) - Hazrul Nizam

8. Tiara (Kris) - Asheed

9. Laila Namamu Teratas (Search) - Fuad Rahman

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.