Laman Utama

GV9: Gelanggang Finale Sudah Dibuka! 6 Bintang Bakal Beraksi Untuk Rebut Gelaran Juara… Jom Semak Playlist Minggu Akhir

Asyikin Mayudin
26/11/2022
21:55 MYT
Debaran pentas akhir Gegar Vaganza 9 (GV9) kian terasa apabila enam bintang bakal berentap untuk mendapatkan gelaran juara di konsert pada malam ini.
Berlangsung di MBSA, Shah Alam, enam bintang akan melakukan dua tugasan iaitu persembahan ‘battle’ dan lagu solo.
Bertemakan Kemanisan Di Akhir Garisan, jom refresh playlist lagu-lagu battle dan solo untuk konsert minggu akhir GV9:
Lagu Battle;
The Real Slim Shady (Eminem) & Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Alyph) - Jaclyn Victor VS V.E
Ice Ice Baby (Vanilla Ice) & Swipe (Alyph) - Bob Yusof VS Hazrul Nizam
Too Legit Too Quit (MC Hammer) & Party Sampai Pagi (Karmal) - Shila Amzah VS Tomok
Lagu Solo;
It’ All Coming Back To Me Now (Celine Dion) & This Is Me (Keala Settle)- Jaclyn Victor
Secret Love Song (Little Mix Ft Jason Derulo) & Tak Ada Logika (Agnes Monica) - Shila Amzah
Rahasia Perempuan (Ari Lasso) & Sejati (Wings) - Bob Yusof
Berhenti Berharap (Sheila On 7) & Time Is Running Out (Muse) - Tomok
Crazy (Ginar & Terlanjur Cinta (Hael Husaini & Cakra Khan) - Hazrul Nizam
Ikhlas Tapi Jauh (Artis R.A.P) & Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja (Judika) - V.E
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Pertama Kali Terhentak Macam Ini, Kena Belakang Kepala, Bergegar Otak” - Suami Shila Amzah Perlu Rehat 6 Minggu Selepas Jatuh Main Bola

gempak
23/07/2024
03:55 MYT
Pempengaruh media sosial dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai MZ berkongsi video memperlihatkan kepalanya terhentak ketika jatuh bermain bola sepak.
Hiburan

“Autism Ini Takkan Sembuh, Tapi Apa Yang Kita Boleh Bantu Adalah…” - Shila Amzah

gempak
13/07/2024
01:55 MYT
Penyanyi Shila Amzah memberitahu individu yang didiagnos menghidap autisme tidak akan sembuh dan menjadi normal seperti orang lain.
Hiburan

Anak Disahkan Autisme Tahap 1, Shila Amzah Kongsi Tanda Awal - “Hati Saya Berdegup Kencang, Hanya Tuhan Tahu”

gempak
26/06/2024
01:55 MYT
Selepas melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan, doktor mengesahkan anak penyanyi Shila Amzah iaitu Seth Uwais telah didiagnos autisme tahap satu.
Hiburan

Pernah Dipandang Negatif Kerja Kelab Malam, Jaclyn Victor Kuat Semangat Demi Ibu - "Jujur, Dia Tak Pernah ..."

gempak
06/06/2024
08:55 MYT
Setelah 20 tahun dalam industri, akhirnya penyanyi Jaclyn Victor bakal mengadakan konsert solo pertamanya yang disifatkan sebagai hadiah selepas melalui pelbagai halangan dan cabaran sepanjang bergelar anak seni.
Hiburan

Raih Semua A Dalam SPM, Shila Amzah Ucap Tahniah Kepada Adik Ipar - " Sekalung Tahniah Diucapkan Kepada Adik Ipar Tunggal Saya"

gempak
27/05/2024
06:01 MYT
Penyanyi Shila Amzah berkongsi berita gembira tentang adik iparnya, Alieya yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).