,
Gegar Vaganza 9

GV9: Hampir Give Up & Mahu Tarik Diri, Dina Nadzir Kumpul Semangat Insan Tersayang Teruskan Perjuangan; “Kawan-Kawan Saya Yang ‘Gila’ Ini Lah Punca…

Shahrin Zulkifle
01/11/2022
01:00 MYT
Setelah kehilangan ayah tercinta, bintang Gegar Vaganza 9 (GV9) Dina Nadzir mendedahkan dia hampir menarik diri dan sudah berputus asa daripada menyertai program berkenaan.
Bagaimanapun jelas Dina, dengan berbekalkan semangat insan tersayang disekelilingnya, hal itu menjadi asbab untuk dia meneruskan perjuangan di atas pentas GV9.
“Malam ayah saya meninggal itu saya dah reda dan tidak kisah jika tersingkir, anggap rezeki saya sampai di minggu keenam sahaja. Saya hanya bersyukur sebab semuanya kehendak Allah.
“Tapi dengan adanya kawan-kawan saya yang ‘gila’ ini lah punca untuk saya teruskan, mereka kata jangan stop, perjuangan perlu diteruskan walaupun jujur saya katakan saya sudah give up sebenarnya.
“Kemudian keluarga dan saudara mara jauh semua kata arwah ayah mesti nak tengok saya terus fight dalam pertandingan ini, saya buat untuk abah.
“Untuk bawa semangat abah, sebab itu saya bawa sekali tongkat arwah dalam persembahan saya, walaupun itu tongkat biasa sahaja ada ukiran-ukiran sedikit, dari Johor saya bawa tongkat itu,” kongsinya.
Dina ditemui pada sesi sidang media usai konsert minggu ketujuh GV9 yang berlangsung dari Dewan Auditorium MBSA pada Ahad.
Dalam pada itu, pelantun lagu Malu Tapi Mahu itu menjelaskan tujuan dia mengajak sama beberapa rakan penyanyi sewaktu persembahan adalah untuk memberi kekuatan kepadanya.
“Saya nak nyanyi seorang diri minggu ketujuh ini saya rasa macam tak kuat, sebab itu saya ajak beberapa rakan-rakan yang sangat rapat dengan saya, itu yang ada Alvira, Cikgu Delly, Atilia dan Nadia Aqillah sekali.
“Masa rehearsal mereka tiada, tapi tadi bila mereka ada saya terus rasa lain, segalanya berlaku dengan baik dan cantik sekali, ditambah pula dengan energy penonton ketika itu, semangat saya lain macam masa nak mula persembahan,” tambahnya.
Terdahulu, persembahan Dina menerusi lagu Lady Marmalade nyanyian asal LaBelle telah menerima markah 77.10%.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Leaked! Imran Ajmain, Aiman Tino, Farah Diana antara yang tersenarai GV 11?

gempak
17/10/2024
00:55 MYT
Mana tidaknya, walaupun senarai nama peserta untuk musim kesebelas masih belum diumumkan pihak produksi namun sudah ada beberapa nama yang dijangka bakal menghiasi program hiburan tersebut.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Memang Dari Planet Lain, Sal Priadi Layan 'Healing' Dengan Ribuan Peminat Di KL!

gempak
16/10/2024
09:55 MYT
Suasana di dewan Zepp, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu, dipenuhi dengan keajaiban apabila konsert yang ditunggu-tunggu oleh semua, “SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR” membawa peminat melewati perjalanan muzik yang mendalam dan penuh ‘healing’!
Hiburan

Puji Energy Peminat Di Malaysia, Jessi Janji Mahu Datang Lagi Ke Malaysia! - "Sebenarnya Saya Tak Sihat, Tapi ..."

gempak
16/10/2024
04:55 MYT
Meskipun tidak berapa sihat namun dengan tenaga yang diberikan oleh peminat membuatkan pelantun lagu Zoom itu turut bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir ke konsert tersebut.
BorakSeeni