Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

GV9: Konsert Kelima Penuh Kejutan! Siti Nurhaliza Buat Kemunculan Istimewa, Rupa-Rupa Jadi Duta Farm Fresh

Asyikin Mayudin
16/10/2022 14:43 MYT
Malam konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlansung pada Ahad menampilkan kemunculan istimewa daripada penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Selain diperkenalkan sebagai duta Farm Fresh, Siti Nurhaliza juga mempersembahkan lagu tema produk minuman susu berjudul Semuanya Baik. 

Terdahulu Siti menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya memberitahu dia akan membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terbaharu yang dirahsiakan judulnya. 

“Hi Assalammulaikum. Jangan lupa saksikan malam ini, pukul 9 malam. Saya akan sampaikan lagu terbaharu… apa dia? Surprise untuk anda. Saksikan Gegar Vaganza malam ini… saksikan persembahan saya,” kata Siti. 

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. 

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
#Gegar Vaganza #Duta #Datuk Siti #Datuk Seri siti Nurhaliza #Farm Fresh #GV9 #Gegar Vaganza 9 #Duta Farm Fresh