Laman Utama

GV9: Masalah Sendi Bengkak Jejaskan Pergerakan Asheed Def Geb C, Habis Beratus Ribu Untuk Rawatan "Sampai Sekarang Saya Tak Putus Berubat"

Asyikin Mayudin
03/10/2022
00:55 MYT
Selama 18 tahun penyanyi Asheed Def Gab C terpaksa berdepan dengan masalah sendi bengkak selepas doktor mengesahkan dirinya mengidap penyakit gout.
Menurut penyanyi berusia 49 tahun ini, masalah yang dihadapinya itu juga menjejaskan aktiviti hariannya terutama melibatkan kerja-kerja berat.
Pernah menjalani pembedahan buang bengkak, Asheed mengakui dia sudah berhabis hampir beratus ribu sepanjang 18 tahun menjalani rawatan sehingga kini.
“Saya alami masalah sendi ni sejak 18 tahun lalu dan doktor sahkan saya mengidap penyakit gout. Sejak saya alami masalah ni, semua aktiviti saya terjejas… susah untuk saya buat kerja berat.
“Sampai sekarang saya masih tak putus berubat. Saya lakukan rawatan secara tradisional dan pernah juga menjalani pembedahan untuk buang bengkak. Tapi tak boleh nak buang semua, sebab akan merumitkan saya untuk berjalan.
“Sejujurnya saya banyak berhabis duit untuk rawatan… boleh katakan selama 18 tahun ni, hampir beratus ribu juga duit saya habis,” katanya kepada Gempak.
Asheed mendapat tempat keempat dengan markah 71.60 peratus menerusi lagu Yang Penting Hepi nyanyian asal penyanyi Jamal Mirdod di minggu ketiga GV9.
Dalam pada itu, Asheed turut mengakui dia mengambil masa untuk berfikir sebelum menerima tawaran untuk menyertai program realiti tersebut kerana bimbang akan menyusahkan ramai pihak.
“Bila saya dapat tawaran GV9, saya berfikir lama juga sebab takut akan menyusahkan ramai pihak. Sebab tu saya dekat GV ni tak fikir sangat tentang kedudukan mingguan.
“Apa yang penting, saya nak pastikan setiap minggu tu ada peningkatan dari segi persembahan. Saya tak jadi minggu ketiga ni akan dapat nombor empat. Dari nombor 12 kemudian 9 dan kali ni 4.
“Bila dah berada di kedudukan itu, saya kenalah bekerja lebih kuat. Takut juga sebab momentum tu macam laju, kalau boleh saya nak biar la perlahan-lahan,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Tom Pernah Kena Sorok Orang Bunian - "Kampung Tu Pasir Putih, Semua Perempuan..."

gempak
10/09/2023
03:55 MYT
Wallahualam.
Laman Utama

Alahan Buat Tom Berhenti Merokok - "Dari Umur 16 Tahun Hisap, Lepas Ni Insya-Allah Tak Nak Sentuh Rokok Lagi"

gempak
08/07/2023
07:53 MYT
Bagus buat Tom!
Laman Utama

"Kata Nak Rahsia..." - Fuad Rahman 'Kantoikan' Tom Kini Hamil Sebulan

gempak
23/06/2023
15:55 MYT
Tom keguguran April lalu.
Laman Utama

"Yang Ditangkap Bertatu Bergari Itu Bukan Saya" - Fuad Rahman

gempak
18/06/2023
00:55 MYT
Nafi ditangkap pihak berkuasa.
Laman Utama

Ifa Raziah Sebagai Mak Pengantin, Nadia Brian Jadi Pengapit, Yassin Senario Payung Silat, Ini 10 Corat Coret Sepanjang Majlis Persandingan Fuad Rahman & Tom

gempak
08/03/2023
13:00 MYT
Meriah & Seronok!