Pasti peminat tidak sabar untuk menonton konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang akan menampilkan 11 peserta berduet dengan penyanyi terkenal.

Adakah peserta berjaya menguasai pentas atau tenggelam disebabkan penyanyi duet? Dan kemungkinan akan ada dua penyingkiran pada malam ini.

Jom semak senarai penuh lagu-lagu konsert minggu kelima GV9:

1. Cinta (Marsha Milan) duet bersama Aina Abdul - Jaclyn Victor

2. Ombak Rindu (Hafiz Suip & Adira) duet bersama Zizi Kirana - Bob Yusof

3. Hanya Memuji (Marcell & Shanty) Nikki Palikat - VE

4. Mawarku ( duet bersama Suki Low - Tomok

5. Haram (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah) duet bersama Liza Hanim - Hazrul Nizam

6. Tamparan Wanita (Elite) duet bersama Mimifly - Shila Amzah

7. Karma (Cokelat) duet bersama Kaka Azraff - Dina Nadzir

8. Gemuruh (Search & Wings) duet bersama Naqiu - Fuad Rahman

9. Angin (Dewa 19) duet bersama Tam Spider - Asheed Geb Def C

10. Babak Pertama (Drama Band) duet bersama Aepul Roza - Pat Candy

11. Senja Nan Merah (Awie & Ziana Zain) duet bersama Muss - Tom

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.