gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Justin Timberlake Dedah Hidap Penyakit Lyme, Tetap Teruskan Jelajah Konsert - “Bukan Nak Minta Simpati, Tapi…”
HIBURAN
Selepas 10 Tahun, Che Nom Umum Undur Diri Dari Dunia Influencer - “Nak Deliver Video Bukan Senang…”
HIBURAN
“Saya Banyak Buat Lagu Tapi…” - Wani Kayrie Sebak Tonton Muzik Video ‘Biarkan’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Peminat Ukir ‘RIP OZZY’ Di Buah Tembikai, Black Sabbath Bridge Dipenuhi Kesedihan

Maliah Surip
Maliah Surip
31/07/2025
18:55 MYT
Sponsor Banner
Peminat Ukir ‘RIP OZZY’ Di Buah Tembikai, Black Sabbath Bridge Dipenuhi Kesedihan
Ribuan peminat Ozzy Osbourne sedang memberi penghormatan terakhir buat legenda heavy metal yang meninggal dunia pada 22 Julai lalu.
Osbourne menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada usia 76 tahun, hanya 17 hari selepas melakukan konsert ‘selamat tinggal’ Black Sabbath.
Sejak kematiannya, peminat Ozzy memperingati dan memberi penghargaan terhadap idola mereka dalam pelbagai cara.
Salah satunya adalah monumen Black Sabbath Brigde dan kerusi Black Sabbath yang terletak di Birmingham, tempat kelahiran Ozzy dipenuhi dengan ucapan takziah dan kedukaan yang ditinggalkan peminat dari serata dunia.
Selain bunga, belon, lilin, poster wajah Ozzy yang dicetak termasuk di baju, ada dalam kalangan peminat mengukir RIP OZZY pada buah tembikai yang diletakkan bersama-sama ribuan ucap takziah di Black Sabbath Brigde yang kini menjadi daya tarikan pelancong.
Mereka juga meninggalkan ucapan seperti ‘Selamat Jalan Legenda’, ‘Terima kasih di atas muzik dan legasi’ serta banyak lagi kata-kata semangat.
Sementara itu, The Mirror melaporkan kereta jenazah yang membawa mendiang akan berarak melalui Broad Street menuju ke Black Sabbath Bridge dan bangku Black Sabbath.
Datuk Bandar Birmingham, Zafar Iqbal berkata: “Adalah penting bagi bandar ini untuk memberikan penghormatan yang layak dan bermaruah sebelum upacara pengebumian peribadi Ozzy berlangsung.
“Kami tahu betapa bermaknanya detik ini untuk para peminatnya.”
Menurut laporan sama, keluarga Osbourne telah menanggung sepenuhnya kos acara perarakan tersebut.
Mendiang isteri Ozzy, Sharon serta anak-anak mereka Kelly dan Jack juga dijangka akan ikut serta dalam perarakan sebagai penghormatan terakhir bersama peminat sebelum melakukan upacara pengebumian secara tertutup.
Pada 2011, Ozzy dalam salah satu temubual bual mengaku mahu majlis pengebumiannya menjadi sebuah keraian bukan untuk berduka cita.
“Saya mahu pastikan ia menjadi sebuah pesta bukan majlis yang penuh duka cita,” katanya yang menderita penyakit parkinson.
Topic Berkaitan
#Sedih
#RIP
#Ozzy Osbourne
#Tembikai
#Black Sabbath
#Mourning
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement