Dengan bertemakan ‘Aman Di Mata, Damai Di Hati’, konsert minggu keempat Gegar Vaganza 9 (GV9) bakal menyaksikan 11 bintang beraksi berdasarkan lagu-lagu kerohanian dan mendamaikan.

Bukan sahaja tidak sabar melihat persembahan bintang-bintang, tapi sudah tentu peminat turut ternanti-nanti apa yang akan pengacara Elly Mazlein lakukan di pentas GV9 memandangkan minggu ini berkonsepkan kerohanian.

Jom semak senarai penuh lagu-lagu konsert minggu ketiga GV9:

1. Pudar (Indah Ruhaila) - Shila Amzah

2. Sumayyah (Hijjaz) - Bob Yusof

3. Ku Mohon (Datuk Sheila Majid) - Hazrul Nizam

4. Andai Ku Tahu (Ungu) - Asheed

5. You Raise Me Up (Secret Garden) - Jaclyn Victor

6. Kau Yang Satu (Datuk Ramli Sarip)- Tomok

7. Layang-Layang Terputus Talinya - Fuad Rahman

8. Kaulah Segalanya (Ruth Sahana) - VE

9. Mewangi (Akim & The Majistret) - Dina Nadzir

10. Kembara Di Tanah Gersang (Al-Jawaher) - Pat Candy

11. Hanya Satu (Datuk Nora Ariffin) - Tom

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.