Gegar Vaganza 9

GV9: “Tak Sabar Nak Tengok” - Sarimah Pun Teruja Bila Nabil Dan Elly Dapat Nyanyi Lagu Kini Kau Tiada

Mya Amri
22/09/2022
04:00 MYT
Penyanyi, Che Puan Sarimah Ibrahim melahirkan rasa teruja apabila hos Gegar Vaganza 9 (GV9), Nabil Ahmad dan Elly Mazlein bakal menyampaikan lagunya yang berjudul Kini Kau Tiada.
Menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Sarimah menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di konsert kedua GV9 Ahad ini.
"Next week! Minggu kedua Gegar Vaganza, Elly dan Nabil, OMG tak sabar nak tengok. Minggu malar segar mekar membara," tulisnya
Hantaran itu juga turut dimuat naik bersama sedutan pendek segmen Ada Lagu Ada Lagi.
Dalam pada itu ruangan komen hantaran itu juga dihujani dengan pendapat yang sama oleh pengikut Instagramnya.
“Lagu ini masa zaman sekolah lagi, masih hafal ya. Haha fav song,” tulis @qylsdean
“Lagu legend, love sangat!” komen @hana_nasaruddin
BACA: “Rasakan! Dulu Jihan Layan Nabil, Now Dia Yang Kena ‘Kawal’ Kak Lina” - Energi Power! Tak Lemau, Elly Mazlein Dipuji, Netizen Usik Nabil
BACA: GV9: Tiada Penyingkiran! Jaclyn Victor, Shila Amzah & Tomok Jadi Tiga Peserta Terbaik Minggu Pertama
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
Hiburan

Pontianak Dalam Muzik Video Mata(hari) Empty Page, Beri Makna Hilang Seseorang Atas Silap Sendiri

gempak
30/06/2024
19:29 MYT
Pembuka lembaran tahun 2024 dengan kehadiran ‘syg jgn mrh’ pada Februari menaikkan semangat kumpulan alternatif pop Empty Page untuk berkarya.
Viral

Mat Salleh Buat Video Graduasi Guna Lagu UiTM Di Hatiku, Netizen Terhibur Lagu Rasmi UiTM Mendonia

gempak
30/06/2024
03:56 MYT
Sepotong video yang dimuatnaik oleh ‘mat salleh’ memaparkan dirinya ketika di majlis graduasi berjaya menarik perhatian netizen di media sosial.
Hiburan

"Ada Yang Skeptikal, Persoalkan Siapa Saya Tiba-Tiba Nak Jadi Penyanyi?" - Amiesyha Yakin Pertaruhkan Irama Latin Dalam Mirame

gempak
21/06/2024
12:37 MYT
Nama penyanyi Amiesyha pernah meniti di bibir peminat sekitar tahun 2022 apabila muncul dengan lagu berjudul Gegar, duet bersama Noki K-Clique.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.