Gegar Vaganza 9

“Rasakan! Dulu Jihan Layan Nabil, Now Dia Yang Kena ‘Kawal’ Kak Lina” - Energi Power! Tak Lemau, Elly Mazlein Dipuji, Netizen Usik Nabil

Mya Amri
19/09/2022
02:30 MYT
Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) telah membuka tirai dengan menyaksikan gandingan baharu dua hos paling havoc, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.
Menariknya kali ini, kehadiran Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina benar-benar membuatkan Nabil pening kepala!
Tidak hanya Nabil, netizen juga mengakui energi Kak Lina sememangnya tip top sepanjang hampir 3 jam GV9 bersiaran.
Selain kehebatan para bintang, GV9 yang menjadi trending di Twitter pada malam Ahad itu juga menyaksikan kredibiliti Kak Lina sebagai seorang hos versatil wajar dipuji.
Hal ini kerana, gelagat Kak Lina yang bersahaja dan ‘buas’ sepanjang berada di atas pentas membuatkan netizen tidak kering gusi.
Paling lucu apabila Nabil mengambil tanggungjawab untuk mengawal tahap hyper Kak Lina sewaktu mengacara.
Netizen jugak tidak ketinggalan mengusik Nabil yang penat melayan karenah Kak Lina.
Kata mereka Nabil terpaksa mengawal Kak Lina seperti mana Jihan melakukan perkara yang sama terhadap pelawak itu ketika mengacara bersamanya sebelum ini.
Antara respon lucu yang diterima adalah:
“Masih tak move on dengan kak Lina. Nak tidur ni pun aku masih fikir, macam mana lah dia boleh maintain highest energy sampai habis rancangan. #GegarVaganza9,” tulis @ub_aidil
“Ada dua orang je gedik tapi malaysian can accept which is ella dengan kak Lina Pom Pom. Gila crack kak Lina,sakit perut aku gelak. Gasak kau Nabil, macam ni gamaknya Jihan layan dia dulu, haha #GegarVaganza9,” usik @dian_inara
BACA: GV9: Tiada Penyingkiran! Jaclyn Victor, Shila Amzah & Tomok Jadi Tiga Peserta Terbaik Minggu Pertama
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Pastinya pentas menjadi gamat dengan kombinasi kedua-dua hos yang kelakar ini.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Artis & Pendakwah Bersatu Tunjuk Sokongan Untuk Palestin Melalui Malaysia4Palestine

gempak
26/05/2024
03:45 MYT
Soladiriti artis dan pendakwah Malaysia untuk Palestin.
Hiburan

Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”

gempak
06/05/2024
00:55 MYT
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
Viral

Nabil Ahmad Kongsi Sisi Lain Aliff Aziz Ketika Sama-Sama Sertai Jemaah Tabligh - “Dia Tak Pernah Tinggal Solat Tahajud”

gempak
03/05/2024
03:55 MYT
Pernah bersama-sama mengikuti jemaah tabligh sekitar 2020, pengacara Nabil Ahmad berkongsi sisi lain penyanyi Aliff Aziz yang tidak diketahui umum.
Hiburan

Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”

gempak
01/05/2024
12:55 MYT
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Hiburan

Neelofa Akui Ketidaksempurnaan Dalam Memberi Pandangan - “Bila Sentuh Ibu Bapa, Penjelasan Dalam Bab Agama Itulah Dia”

gempak
28/03/2024
01:55 MYT
Neelofa tidak cukup masa untuk beri huraian yang lengkap