Gwyneth Paltrow Tak Malu Cakap Tentang Seks Dengan Anak-Anak
Asraf Aided
20/10/2021 15:15 MYT
20/10/2021 15:15 MYT
Aktres Hollywood popular, Gwyneth Paltrow akui tidak berasa malu untuk berbual tentang perihal seksual bersama anak-anaknya.
Menurut Gwyneth, dia sentiasa bersikap jujur dan neutral mengenai perkara itu dengan anak perempuannya, Apple, 17 serta anak lelaki Moses, 15.
"Saya selalu bersikap neutral mengenainya, saya rasa, ramai dari kalangan generasi saya yang cakap macam-macam tentang seks hingga kita rasa ianya teruk.
"Remaja pula, mereka memang tidak mahu bercakap tentang seks bersama ibu bapa mereka. Sekarang, sekolah mereka mengajar tentang pendidikan seksual yang lengkap, jadi saya bersedia jika mereka mahu tanya apa-apa, namun tidak banyak yang ditanya kepada saya," katanya seperti yang dipetik dari HollywoodLife.
Dalam pada itu, Gwyneth juga menasihati anak-anaknya untuk mengikut naluri dan sentiasa percaya dengan diri sendiri.
"Saya rasa, perkara penting yang orang tak pernah beritahu adalah sentiasa percaya pada apa yang kita rasa benar.
"Saya akan selalu menasihati anak-anak saya untuk dengar kata hati mereka, naluri dan fikiran jika dirasakan sesuatu yang dilakukan itu benar," katanya lagi.
Dalam perkembangan terbaru, Gwyneth bakal tampil dalam siri Netflix berjudul Sex, Love & Goop yang akan menemui penonton bermula 21 Oktober ini.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Sumber: HollywoodLife