Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gyuri KARA Akhirnya Dedah Wajah Kekasih, Tak Kisah Tujuh Tahun Lebih Muda

Mya Amri
20/12/2019 07:04 MYT
Bekas anggota kumpulan KARA, Gyuri akhirnya mendedahkan wajah kekasih hatinya, Song Ja Ho.

Gyuri memuat naik foto tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya.

Foto tersebut merakamkan Gyuri sedang duduk dan tersenyum berada di samping jejaka pilihan hatinya.

"UNICEF Children's Thankful Night," tulisnya ringkas.

유니세프 송년 감사의 밤

A post shared by 박규리 (@gyuri_88) on


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa gembira dan memuji pasangan sepadan ini.

“Pasangan bercinta, saya sangat gembira untuk kamu berdua,” tulis @fitry_mawar

“Saya sayangkan kamu, harap kamu berdua sentiasa gembira bersama-sama,” komen @gyurin_chuxd

Terdahulu, hubungan Gyuri dan Ja Ho menjadi topik hangat selepas peminat mengetahui usia jejaka itu tujuh tahun lebih muda.
#Artis Korea #Gyuri