Aktres jelita Nur Fazura mencuri perhatian wargamaya apabila menghadiahkan beg tangan dari jenama mewah Coach untuk semua pekerjanya sebagai satu cara untuk menghargai mereka.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna yang juga penyampai radio DJ Sonic berkongsi momen sewaktu berada di dalam butik jenama tersebut untuk tatapan umum.

“Fazura berhabis puluhan ribu untuk hargai staff. Dia juga belanja saya satu beg,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@sonichussien

Fazura juga belanja saya beg ?! Terima kasih

♬ original sound - DJ SONIC HUSSIEN


Menerusi perkongsian berdurasi kurang 30 saat itu menunjukkan kebanyakan pekerja wanita memilih beg tangan manakala kakitangan lelaki memillih beg bimbit.

Difahamkan Fazura mengajak para pekerjanya masuk ke butik berkenaan dan mereka boleh mengambil apa sahaja barangan tanpa mengira tanda harga yang tertera.

Turut kelihatan menemani Fazura ke bersama butik berkenaan adalah suaminya, aktor Fattah Amin.

Sementara itu di ruangan komen, kemurahan hati pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mendapat pujian ramai wargamaya.

Mereka berpendapat, sudahlah tudung yang dijual pada harga yang berpatutan, untung yang diperolehi dikongsi bersama pekerja-pekerjanya.

@Nadiiah11:Jual tudung mampu milik. Hargai staff beli tu ini. rakyat Malaysia pun happy nak support dia.”

@Effa Mazhar:Rezeki macam ni Allah bagi berlipat ganda. Sebab ikhlas dalam menghargai orang lain.. takde pun jadi miskin bila berabisan/sedekah untuk orang lain.”

@Nazz:Best dapat bos macam gini, yang hargai staf dia, susah zaman sekarang nak dapat majikan macam gini.”

@Mami_Jueliza:Selayaknya la, untung dah juta. Semoga Cik Faz selalu dilimpahi rezeki...Amin.”

@Juefatinah:Terbaik. Jual tudung biar semua orang mampu mlik. Semoga dimurahkan rezeki selalu aamiin.”

@Tcer Fatma:Dia kan duta Coach. Boleh dapat less lagi kot.. bestnya dapat kerja dengan dia kan.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 100,000 tontonan daripada warga TikTok.

Pada tahun lalu, tudung Fazura pernah merekodkan 80,000 helai terjual dalam masa dua jam sahaja dengan keuntungan dianggarkan mencecah jumlah RM2.16 juta.