Berita

“Habis Bulan Puasa Jadi Syaitan Balik...”- Akui Pernah Jahil, Noorkhiriah Dedah Sikapnya Ketika...

gempak
Syafiqah Jalal
01/07/2020
06:27 MYT
Sponsor Banner
“Habis Bulan Puasa Jadi Syaitan Balik...”- Akui Pernah Jahil, Noorkhiriah Dedah Sikapnya Ketika...
Pelakon Noorkhiriah akui pernah jahil dalam ilmu agama suatu ketika dahulu.
Menurut Noorkhiriah dia pernah bertudung sebelum ini tetapi hanya untuk ke masjid dan ketika di bulan Ramadan sahaja.
“Masa ini akak (Noorkhiriah bahasakan dirinya) hamil anak pertama 11 tahun lepas dan ketika ini adalah bulan puasa dan akak belum bertudung, ni (gambar) bertudung sebab pergi majlis berbuka puasa dekat masjid.
“Pandai pula tutup aurat, lepatu lengging balik. Masa itu akak tak tahu apa yang akak fikir..adakah akak fikir bulan puasa je kena sopan, habis poser setan balik? ‘ngoknyelah’ diri ini bila fikir balik..” katanya.
Pelakon Nur itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya bertudung satu ketika dahulu.
Pun begitu, Noorkhiriah akui apa yang berlaku adalah proses kehidupan yang dilaluinya, malah dia berkata masih memperbaiki diri.
“Tapi bila fikir balik itulah proses kehidupan. Kadang-kadang mata yang mandang, mulut yang menegur adalah disebabkan kita sndiri yang membuka jalan untuk diperkatakan..
“Akak tak baik dan belum baik tapi minta sangat kat Allah hujung -hujung usia ni sempat jumpa jalan dan dapatlah menyebut lailahaillah di hujung nyawa,” katanya lagi.
Noorkhirah mula aktif berlakon sejak 20 tahun yang lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live