BERITA
"Habis Duit PTPTN Aku Undi Ko Bro" - Kongsi Video Uji Bakat, Ini Pendedahan Sharnaaz Ahmad Pada Mawi
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui pernah menggunakan duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk mengundi penyanyi Mawi semasa menyaksikan Akademi Fantasia Musim 3 (AF3).
Menerusi entri di Instagram (IG), Mawi berkongsi semula video semasa dia sedang melakukan uji bakat AF 3.
"Seksi tak? #AkademiFantasia3 #AF3 #2005," tulisnya ringkas.
Menerusi ruangan komen rata-rata mengimbau semula kenangan menyaksikan Af 3 yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Tidak ketinggalan juga ada kalangan selebriti seperti Sharnaaz Ahmad, Hairul Azreen dan Achey yang turut berkongsi pengalaman mereka.




Must-Watch Video