Laman Utama

Habis Huru Hara Sebab Buku! Tak Tuju Pada Sesiapa, Daiyan Perjelas Salah Faham - “Saya Tulis Sejak 2018”

gempak
Mya Amri
02/09/2023
03:55 MYT
Sponsor Banner
Habis Huru Hara Sebab Buku! Tak Tuju Pada Sesiapa, Daiyan Perjelas Salah Faham - “Saya Tulis Sejak 2018”
Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha tampil memberi penjelasan berkenaan dakwaan netizen mengenai puisi dimuat naik di media sosial miliknya itu mempunyai kaitan dengan aktor Aedy Ashraf.
Menurut Daiyan, segala tulisan yang dikongsikan sebenarnya hanyalah sebahagian daripada kandungan bukunya dan tidak ditujukan kepada individu tertentu.
“Saya rasa itu mungkin spekulasi mereka, buku pun tak keluar lagi jadi mereka hanya nampak apa puisi yang saya keluarkan pada waktu tersebut.
“Jadi, apa yang saya kongsikan adalah apa yang ada dalam buku itu dan kandungan buku itu.
“Buku ini saya tulis sejak 2018 sehinggalah 2022. Banyak benda yang saya dah lalui.
“Memang saya tekankan tentang perasaan, hubungan dan juga kehidupan.
“Jadi dalam kehidupan ini ada yang positif dan juga negatif, semua yang saya tulis dalam buku itu adalah penceritaan saya.
“Saya bukukan sebab dengan cara menulis itulah, saya melepaskan semua apa yang saya rasa," katanya ketika ditemui Gempak.
Daiyan ditemui di acara Viu Lokal Lah bersempena Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Lalaport, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mengulas mengenai buku Tulisan by Daiyan Trisha yang akan diterbitkannya tidak lama lagi, aktres ini berkata penulisan itu merupakan tuaian ikhlas perasaan dan pengalaman kehidupan untuk dikongsi bersama mereka yang pernah melaluinya.
“Banyak perjalanan dan penceritaan hidup yang saya sudah lalui. Jadi apa yang orang nak spekulasi terserah kepada mereka.
“Tapi bagi saya, buku saya adalah apa yang saya rasa dan saya tulis pun, sebab mungkin di luar sana ada orang yang boleh merasakan ada kaitan dengan kisah mereka.
“Ada yang beritahu saya mereka boleh merasakan perasaan yang mendalam melalui puisi itu kerana pernah melalui benda yang sama.
“Saya harap sesiapa yang dapat merasai penulisan itu, buku itu dapat ‘memeluk’ para pembaca. Sebab saya tahu bukan saya seorang sahaja yang pernah melalui perkara seperti itu.
“Dilukai, dicurangi, disakiti, saya tahu ramai yang rasa benda itu dan saya letakkan dalam buku kerana pada ketika itu, itu sahaja cara yang saya mampu buat.
“Saya tak mampu berkata kata, saya hanya mampu menulis dan saya bukukan semua. Saya mahu pembaca yang pernah melaluinya merasakan diri mereka ‘dipeluk’ dan dihargai,” jelasnya.
BACA: Aedy Ashraf Bersuara Spekulasi Berkait Daiyan Trisha & Ahirine Ahiruddin
Terdahulu, Daiyan menjadi perhatian netizen selepas memuat naik dan berkongsi beberapa puisi yang ditulisnya seolah-olah berbaur curang.
Disebabkan itu ada segelintir netizen mengaitkan puisi itu mempunyai kaitan dengan hubungan rapatnya dengan Aedy sebelum ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live