Laman Utama
Aedy Ashraf Bersuara Spekulasi Berkait Daiyan Trisha & Ahirine Ahiruddin
Enggan membiarkan netizen berterusan membuat spekulasi, pelakon Aedy Ashraf tampil menjelaskan beberapa isu yang membabitkan namanya.
Menerusi hantaran di Instagram, Aedy berkata tulisan dalam sebuah buku yang diterbitkan seorang rakan industri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dirinya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
"Banyak spekulasi mengenai saya kebelakangan ini. Saya di sini tampil untuk menjelaskan segalanya. Spekulasi tentang apa yang ditulis seorang rakan dalam bukunya tentang saya. Itu tidak benar.
Advertisement
“Kami tidak pernah mempunyai hubungan secara romantik dan hubungan tidak lebih daripada kawan," katanya.
Pada perkongsian yang sama, Aedy turut menjelaskan mengenai kontroversi yang timbul selepas gambarnya bersama seorang aktres dalam sebuah filem dijadikan bahan untuk tujuan promosi.
Jelas aktor berusia 29 tahun itu, dia pernah memberikan kebenaran untuk gambar berkenaan disiarkan di mana-mana platform media sosial.
"Gambar kontroversi dari adegan filem yang saya buat. Saya tidak memberi kebenaran untuk gambar ini disiarkan di mana-mana platform media sosial.
"Saya juga tidak pernah bersetuju bahan seperti ini disiarkan untuk mempromosikan filem tersebut. Ia adalah filem hebat yang saya benar-benar percaya.
“Saya telah meletakkan begitu banyak tenaga, masa dan usaha untuk memastikan filem itu memberi impak yang menakjubkan untuk peminat.
"Saya enggan membiarkan semuanya mati sia-sia untuk aksi publisiti. Apa yang saya lakukan adalah untuk keluarga dan peminat saya," tambahnya.
Meskipun tidak menyatakan nama, namun rata-rata netizen seakan dapat meneka bahawa kenyataan itu ditujukan kepada aktres Daiyan Trisha dan Ahirine Ahirudin.
BACA SINI: Amelia Henderson, Aedy Ashraf Bakal Nikah?
Must-Watch Video