Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Habit Suka Gigit Barang, Ngilu Mommy” – Gusi Dijahit, Anak Fad Selamat Jalani Pembedahan

Mya Amri
28/02/2020 13:15 MYT
Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A.Rahman berdepan detik cemas apabila anak lelakinya Favian Adrazin Zayyan mengalami kecederaan di bahagian gusi.

Berita itu dimaklumkan Syahira menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.

Menurut Syahira, kejadian itu berlaku akibat daripada habit Zayyan yang gemar mengigit barang mainan.

“Dugaan buat kami. Haih la anak habit suka gigit barang mainan. Kali ini tersilap gigit kereta control punya remote. Besi la nak, ngilu mommy. Menggeletar badan-badan ni.

“Alhamdulillah semuanya selamat dah. 1:30 pagi semalam masuk OT. Bius sepenuhnya sebab dalam keadaan dia sakit memang susah untuk tarik keluar.

“Doktor jahit balik gusi. Macam-macam sementara anak nak besar ni. Terima kasih yang tak henti-henti tanya doakan anak mommy sorang ni,” tulisnya.

dugaan buat kami .haih la anak .habit suka gigit barang mainan .kalini tersilap gigit kereta control punya remote .besi la nakkk ,ngilu mommy .menggeletar badan2 ni . . Alhamdulillah semuanya selamat dh .1:30 pagi semalam masuk OT .fully bius sbb dalam keadaan dia sakit mmg susah utk tarik kluar .doktor jahit balik gusi .mcm2 sementara anak nak besar ni .terima kasih yang tk henti2 tanya doakan anak mommy sorang ni .❤️❤️

A post shared by Syaheera❤️Fadzlie (@syaheeraarahman) on


Bagaimanapun menerusi ruangan Insta Story, Syahira memberitahu Zayyan telah selamat menjalani pembedahan.

“Alhamdulillah, Allahuakhbar, pembedahan berjalan dengan lancar. Terima kasih semua yang mendoakan,” tulisnya.


Terdahulu, Fad dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Adrazin Hayyan, Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.
#Fad Bocey