Hiburan

“Had Keluar, Ibu Kena Tahan” – Isteri Ajak Shiro Masuk Hospital, Disahkan Influenza B

gempak
Mya Amri
15/04/2019
08:27 MYT
Sponsor Banner
“Had Keluar, Ibu Kena Tahan” – Isteri Ajak Shiro Masuk Hospital, Disahkan Influenza B
Isteri pelakon dan pelawak Ajak Shiro, Afifah Amin dimasukkan ke hospital akibat terkena Influenza B.
Berita itu disahkan sendiri oleh Afifah menerusi akaun Instagramnya semalam.
Afifah telah berkongsi foto terkini merakamkan bahagian tangannya yang dicucuk jarum.
“Service bertukar tangan... Had keluar esok... Ibu kena tahan malam ni. Baru ibu tau rasa Had sakit macam mana… Memang sakit gila influenzas B ni,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mendoakan agar Afifah kembali pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.
Sebelum ini, anak keduanya Mohd Had Thaqif, 6, dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah demam berpanjangan.
Terdahulu, Ajak telah berkahwin dengan Afifah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Mohd Jad Thaqif, 9, Mohd Had Thaqif, 6, dan Nada Soffea, 4.
Foto: Instagram @afifahamin
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024