Keluarga pengacara dan usahawan Noor Neelofa sentiasa mendapat tumpuan daripada wargamaya malah diberi gelaran 'Kardashian Kelantan'.

Baru-baru ini, bekas isteri kepada aktor Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila ada memuat naik foto sebuah set seterika yang diterima daripada Neelofa di Instagram Stories miliknya.

Menurut Nabila, pemberian itu sebagai hadiah untuk dia yang akan berpindah ke rumah baharu bersama anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad.

Menerusi entri itu, dia juga mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor sentiasa dimurahkan rezeki.

"Terima kasih Neelofa untuk hadiah rumah baru. Semoga murah rezeki sentiasa hahaha," tulisnya.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian seorang pengguna Twitter @dylawok yang turut berminat untuk membeli barangan elektrik itu.

Walaubagaimanapun, keputusan berubah selepas menyemak harga seterika itu yang berjumlah RM12,900.

"Tengok Neelofa bagi kakak dia seterika ini macam best.

"Gigih google nak beli juga, sekali tengok harga dia mampu berhuhuhahahuhuuuuuu je lah," tulisnya.



Sekadar info, jenama Laurastar adalah sebuah jenama produk elektrik keluaran Switzerland yang terkenal dengan pengeluaran seterika wap bertekanan tinggi (Pressurized steam iron).


Twitter: @dylawok