HIBURAN

Hadiahkan Sejambak Bunga, Netizen Gembira Fattah Upload Foto Amira Othman Di IG, Siap Usik - “Kenapa Kawan Sekerja Saya Tak Pernah Pun Post Macam Ni”

Mya Amri 17/06/2025 | 04:55 MYT

Pelakon, Fattah Amin mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto penyanyi, Amira Othman di akaun Instagram miliknya.

Amira senyum dapat bunga

Apa yang menjadi perbualan netizen adalah foto itu merakamkan wajah Amira yang berehat di atas katil hospital sedang tersenyum sambil memegang jambangan bunga.

Malah kapsyen yang ditulis Fattah juga turut menjadi tanda tanya netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Fattah Amin Puji Amira Othman, Netizen Syak Fattah Amin Yang Komen - “Kalau Dah Love Biru Memang Confirm…”

ARTIKEL BERKAITAN:Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat? Ini Respon Amira Othman - “Yang Baik-Baik Kita ...”

ARTIKEL BERKAITAN:Cakap Ada Besan Di Johor, Fattah Amin Terkedu Dengar Jawapan Ibu - “Belakang Tu Jantung Tercabut Sesaat…”

ARTIKEL BERKAITAN:Hari Bahagia Fattah Amin & Amira Othman Semakin Hampir? Pengurus Minta Doa Yang Baik-Baik - “Kalau Tak Ada Denial Maksudnya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Buat Trend Velocity Siap Bagi 'Mini Love', Netizen Happy Tengok Fattah Amin & Amira Othman - "Kami Moody Lepas..."

Disebabkan itu juga, ruangan komen foto berkenaan dihujani dengan komen komen positif netizen yang mendoakan Fattah dan Amira supaya berjodoh.

Tidak kurang juga ada yang mula memberikan kata-kata usikan kepada pasangan yang digelar ‘abang long’ dan ‘kak long’ ini.

Terdahulu, timbul dakwaan sebelum ini mengenai Fattah dan Amira bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Lebih menguatkan spekulasi itu apabila mereka berdua dilihat kerap berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak.

#Fattah Amin #Amira Othman #Bunga