Hadir 'Audition' Penari Latar Tapi Dipilih Jadi Heroin - Puteh Maimon Tak Kisah Dikritik
Fiza Kamarudin
04/08/2017 03:01 MYT
04/08/2017 03:01 MYT
Pelakon baru Puteh Maimun mengakui sedia dikritik apabila kali pertama diberi tawaran untuk memegang watak utama sebagai heroin dalam filem Hijabsta Ballet.
Puteh Maimun atau nama sebenarnya Puteh Maimun Zahrah Ismail, 21, berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mudah apabila dia perlu bergandingan dengan pelakon senior.
"Sememangnya saya berasa sangat bertuah apabila dipilih menjadi heroin dalam filem Hijabista Ballet.
"Meskipun saya tidak ada banyak pengalaman dalam lakonan, tetapi ia merupakan satu penghargaan apabila diberi kepercayaan oleh pengarah untuk memegang watak utama sebagai Adele.
"Saya juga ada memasuki kelas lakonan untuk memperbaiki mutu lakonan dan meminta tunjuk ajar daripada pelakon berpengalaman jadi ia sedikit sebanyak memberi pendedahan buat saya apabila berada di lokasi penggambaran.
"Saya juga bersedia untuk menerima kritikan daripada penonton memandangkan ini merupakan lakonan pertama dan saya akan cuba memperbaiki mutu lakonan saya pada masa akan datang," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Maimun, dia tidak pernah terfikir untuk beri fokus sepenuhnya terhadap lakonan kerana lebih gemar menari dan menyanyi, namun dia mencabar dirinya untuk menerima tawaran yang diberikan.
“Pada awalnya saya hanya hadir ke ujibakat sebagai penari latar saja namun mereka bertanyakan sama ada saya minat untuk berlakon atau tidak.
"Jadi saya telah diuji bakat serta berjaya ditawarkan sebagai pelakon utama dan tawaran tersebut tidak mungkin saya tolak," ujarnya.
Hijabsta Ballet mengisahkan tentang perjuangan seorang penari ballet, Adele Shakiri yang mahu mengenakan tudung walaupun dihalang dengan peraturan ketat tarian tersebut.
Filem arahan Syed Zul Tojo ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 3 Ogos (hari ini).
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi