Bintang rancangan realiti The House musim keenam, Ezurin Khyra hadir ke Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan bekas suami, Tunku Datuk Yaacob pada Khamis.
Dipercayai telah menyelesaikan perpisahan mereka secara rasmi, Ezurin turut berkongsi curahan hatinya menerusi akaun Instagramnya pada Khamis.
"18 tahun dan hari ini saya doakan yang terbaik buat kamu. Yaacob, bapa kepada lima anak saya, kamu akan sentiasa kekal istimewa dalam hati.
"Saya doakan yang terbaik buat kamu.
"Kita mungkin tak bersama lagi tapi kita tetap bersatu demi anak-anak," tulis Ezurin di hantaran Instagramnya.
Sosialit popular itu turut berkongsi momen-momen bersama Tunku Yaacob ketika di dalam mahkamah yang diselitkan dengan beberapa lagu latar termasuk Ku Mohon (Datuk Sheila Majid), When You Say Nothing At All (Ronan Keating) dan Kenangan Terindah (Samsons).
Dalam pada itu, bekas model tinggi lampai itu turut berkongsi foto throwback bersama Tunku Yaacob dengan kapsyen bertulis; "Sad day for E. Yaacob you will always be special in my heart. Take care."
Sementara itu, penampilan Ezurin yang manis bertudung dan profesional bersama dengan bekas suami itu dipuji oleh peminat.
"Wanita berhati mulia demi anak-anak Alhamdulillah. Semoga kedua-duanya bahagia dan kalau ada jodoh ke depan, kembalilah," komen seorang pengikut di Instagram.
"Love the way you both handle the divorce - in a way that is in the best interest of your kids," tambah individu lain.
"Wah kat mahkamah pun macam nak photoshoot cover poster filem. Bagus laki bini ni . SENYUM JE . GOOD JOB ! teruskan macam ni untuk anak-anak," sahut individu lain.
"Contoh untuk pasangan yang divorce," tambah individu lain pula.
Untuk rekod, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.
Ezurin bagaimanapun secara baik menolak permintaan Gempak untuk mengulas lebih lanjut prosiding di mahkamah baru-baru ini.
Amri Hassan
Fri Mar 04 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!