Hael Husaini Beri Sebab Kenapa Perkataan ‘Celaka’ Digunakan Dalam Lirik Lagu Diam
Izwan Isa
10/01/2024 00:55 MYT
10/01/2024 00:55 MYT
Penyanyi Hael Husaini memberikan justifikasi penggunaan perkataan ‘celaka’ dalam lirik bagi single terbaharunya, Diam.
Hael perkata, sebelum menulis sesebuah lagi, kajian mendalam telah dibuat dan pemilihan perkataan ‘celaka’ adalah disebabkan maknanya yang sebenar dan bukanlah bagi menggambarkan sebarang perkara yang bersifat tidak baik.
BERITA TRENDING: "Orang Tak Nak Berkawan Dengan Dia Sebab Dia Busuk Hati" - Zarina Anjoulie
“Kalau ikutkan, sebenarnya perkataan celaka disalah gunakan sedikit dalam kehidupan seharian. Sebab celaka membawa maksud malang dan sebab itu dalam laporan dan penulisan berita, kita gunakan kecelakaan apabila mahu menggambar sesuatu tragedi.
“Saya minta maaf kalau perkataan itu agak kasar. Tapi kalau boleh, kita fikir penggunaanya daripada konteks berbeza dan positif.
“Celaka itu bukan perkataan kesat, jadi kita cuba ubah mentaliti itu dengan menggunakan konteks yang betul - iaitu mahu relate malangnya diri ini diperkenalkan dengan seseorang yang tidak harus berada dalam hidup,” katanya kepada Gempak.
Hael berkata demikian ketika majlis pelancaran album perdananya, Antonim Part 1 di The Bee, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya adakah Diam yang turut dimuatkan dalam ANTONIM Part 1 diinspirasikan daripada lagu Sial nyanyian Mahalini, Hael berkata: “Sebenarnya tidak. Sebab perkataan celaka ini pernah saya ingin gunakan dalam lagu-lagu sebelum ini.

BERITA TRENDING: Hael Husaini Umum Peluncuran Album Sulung, ANTONIM (PART I) - “Album Ini Sangat Penting Buat…
“Cuma kali ini, saya ikut peredaran zaman dan menggunakan bahasa yang lebih dekat dengan pendengar bagi memudahkan mesej yang ingin disampaikan,” tutup Hael.
ANTONIM Part 1 boleh distrim di semua pelantar muzik bermula 5 Januari lalu.