,
Laman Utama

Hael Husaini Umum Peluncuran Album Sulung, ANTONIM (PART I) - “Album Ini Sangat Penting Buat Karier Saya”

Izwan Isa
26/12/2023
14:59 MYT
Setelah sekian lama menumpahkan sisi kreatifnya sebagai penyanyi dan komposer, penghibur berbakat besar, Hael Husaini bakal hadir dengan buah tangan baharu - album perdana berjudul ANTONIM (PART I) pada 5 Januari 2024.
Hael berkata, pembikinan ANTONIM (PART I) telah bermula sejak tiga tahun lalu, dengan penghasilan sebanyak 20 buah demo pada peringkat awal.
“Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, saya telah menghasilkan lebih kurang 20 buah lagu (demo) untuk album pertama ini dan setelah berbincang dengan pihak label serta pasukan saya, hanya 10 buah lagu sahaja telah disenarai pendekkan serta beberapa buah lagu lama yang telah diberi susunan semula khas untuk album ini.
“Dalam album ANTONIM (Part I) terkandung lagu-lagu seperti Diam, Usia, Kejora, Please, Hero dan Sama Seperti Dulu (versi orkestra).
Sebanyak empat buah lagu daripada album ini dipilih kerana menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri popular yang mula ditayangkan baharu-baharu ini, manakala dua lagu lagi lagu yang belum pernah diperdengarkan kepada umum,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, album ANTONIM (Part I) memberi signifikasi besar dalam kerjayanya yang menjangkau angka 17 tahun.
“Album sulung ini sangat penting buat karier saya kerana sudah lama saya cuba merealisasikannya. Ia merupakan impian terbesar saya dan banyak sangat cabaran serta kisah duka yang saya dan pasukan saya tempuhi.
“ANTONIM (PART I & II) saya jadikan medan untuk berkarya tetapi konsepnya berlawanan dengan apa yang sering saya hidangkan buat pendengar sebelum ini, namun keseluruhan lagu masih berkonsepkan pop yang bernuansakan balada serta rock,” katanya lagi.
Menurut Hael, setiap lagu dalam albumnya mempunyai jalan cerita dan kisah yang tersendiri, berlandaskan dari kisah benar malah ada juga yang bersifat dongeng serta kisah-kisah orang di sekeliling yang menjadi idea buatnya.
Lagu Diam yang dilancarkan pada 22 Disember lalu i turut dilancarkan dalam bentuk klip video punyai keistimewaan tersendiri.
“Lagu ini sangat dekat dengan persekitaran kita, ia merupakan satu luahan kekecewaan terhadap seseorang yang mengkhianati kita, orang yang berpura-pura suka terhadap kewujudan kita tetapi sedang berusaha untuk menjatuhkan kita dan ingin melihat hidup kita musnah,” kongsinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lemah Lagu Pertama Dayang Nurfaizah Dari Album Janji - "Lagu Ini Banyak Makna Bagi Saya"

gempak
14/10/2024
15:30 MYT
Penyanyi, Dayang Nurfaizah teruja untuk memperkenalkan single pertama berjudul Lemah daripada album studio ke-11nya yang bertajuk JANJI.
Hiburan

Lagu Diam Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song Or Title Theme (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024

gempak
01/10/2024
04:04 MYT
Lagu berjudul Diam yang menjadi runut bunyi utama (OST) bagi drama popular My Famous Ex-Boyfriend, telah berjaya meraih anugerah ‘Best Theme Song or Title Theme (Malaysia)’ di Asian Academy Creative Awards 2024.
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

gempak
22/07/2024
02:55 MYT
Juri-juri Gimme The Mic Malaysia menyifatkan konsert minggu pertama agak mencabar dalam memilih peserta yang terbaik.
gimme-the-mic

#TikTokGimmeTheMic: Yuna Teruja Jadi Juri, Suka Konsep Cari Bakat Baharu - “Kami Mahu Tengok Adakah Peserta Itu…”

gempak
18/07/2024
11:55 MYT
Menurut Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai, 38, dia menyifatkan pembabitannya sebagai salah seorang juri adalah tertarik dengan konsep program yang mengetengahkan bakat baharu.
Unitar