Laman Utama
Hafidz Roshdi Beri Tempoh 48 Jam, Mahu Shuhada Mohon Maaf & Tarik Balik Kenyataan Berbaur Fitnah - "Ia Sentuh Maruah & Privasi Keluarga Saya"
Pelakon Hafidz Roshdi memohon bekas isterinya, Shuhada Shukri serta beberapa pihak yang terbabit dalam kemelut rumah tangga mereka agar menarik balik segala kenyataan berbaur fitnah dalam tempoh 48 jam.
Pada masa sama, Hafidz turut meminta agar Shuhada membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu yang membabitkan dirinya dan keluarganya sepertu yang telah tular sebelum ini.
"Demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan diri dan seluruh keluarga saya dengan rasa rendah diri memohon dan memberikan tempoh 48 jam dari sekarang bagi Shu dan mana-mana pihak untuk menarik balik sebarang penerbitan umum dan gambar keluarga saya berkaitan dengan isu/kes rumahtangga saya ini.
"Saya juga mahu agar permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak awak.
"Sekiranya tidak, saya mahu semua memahami situasi saya. Saya terpaksa mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap mereka yang telah menyentuh maruah dan privasi keluarga saya," tegasnya.
Hafidz pada masa sama mengingatkan semua pihak agar lebih berhati-hati untuk memberikan sebarang komen terhadap keluarga dan rumah tangganya.
"Saya berharap agar semua pihak lebih berhati-hati untuk tidak memberi sebarang komen apabila tidak tahu menahu kebenaran yang berkaitan dengan is membabitkan urusan rumahtangga kami berdua.
"Kini, isu dan kes rumahtangga kita adalah di dalam penyiasatan pihak Polis dan akan diadili di dalam mahkamah tidak lama lagi," kata Hafidz.
Shuhada canang fitnah?
Tulis Hafidz lagi, tindakan Shuhada mendedahkan kisah rumah tangga mereka menerusi penerbitan di media sosial secara tidak langsung telah menjatuhkan air mukanya sekeluarga.
"Awak lebih cenderung untuk menyatakan isu rumahtangga kita di dalam media sosial.
"Kecenderungan bersifat membuka aib hingga membuka ruang fitnah. Apabila awak mula mencanang fitnah dan kenyataan palsu tentang keluarga saya, awak sudah melampau dan saya tidak lagi boleh berdiam diri.
"Penerbitan status Instagram awak bertarikh 5 Mac 2023 telah mengaitkan dan mengaibkan seluruh keluarga saya. Antara butirannya, status Instagram awak menyebut adik saya bersubahat dan seluruh keluarga saya bersifat toksik. lanya jelas dan nyata, satu fitnah.
"Rentetan status Instagram awak itu, maka ada pihak lain yang telah menggunakan gambar saya, awak dan seisi keluarga saya merujuk kepada topik atau kandungan tersebut. Kini, keselamatan dan kesejahteraan serta ketenteraman seluruh keluarga saya telah terjejas atas tindakan awak," tambahnya.
Untuk rekod, pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu pada 23 Februari lalu.
Must-Watch Video