Pelakon Hafidz Roshdi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi fotonya sedang melakukan aktiviti bersenam di sebuah pusat gimnasium.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Hafidz, 26, memilih memakai seluar dengan menutup bahagian pusat ketika menghadiri latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai.

"Bersedia atau tak, saya datang," tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.

Ready or not here i come ?? , . . Becoming The Beast day 105 • Unleash Level 5 • , . . #ConstantlyKeepGoing #BeastMode #DoWhatYouLove #NeverStop

A post shared by لَااِلَهَ اِلَّااللهُ (@hafidz.roshdi) on


Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat memuji dengan sikap Hafidz yang mementingkan dan menjaga aurat seorang lelaki.

"@akmal_mal22: Bagus lahh Abe Hafidz ni tutup juga aurat. Semoga berjaya dunia akhirat.

"@beetlebubpuff: Jangan tanya kenapa seluar dia tinggi..Dia tutup pusat, aurat tu.

"@stabilz: Posing patuh syariah.

"@rina_rai1994: Pakai seluar atas pusat pon nak jadi kan isu. Aurat lelaki kot. Yang komen-komen pulak wanita suci. Pelik tapi benar," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Dalam pada itu, pelakon filem Pusaka ini mendedahkan berat badannya masih kekal dengan 69 kilogram (kg).

Perkongsian itu mendapat hampir 8,000 tanda suka (likes) dan 50 komen.