Hafidz Roshdi Kahwin, Netizen Geram Dengan Athira - “Tergamak Eh Senyum Macam Tak Ada Apa”
Mya Amri
17/12/2023 01:55 MYT
17/12/2023 01:55 MYT
Tidak seperti pengantin lain, perkahwinan antara pelakon, Hafidz Roshdi dengan Athira Yuhada ternyata menerima kecaman hebat.
Ini kerana netizen masih belum melupakan tindakan Athira yang dilabel sebagai penyondol atau perosak rumah tangga Hafidz bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.
BERITA TRENDING: Wanita Didakwa ‘Penyondol’ Tampil Mohon Maaf Kepada Isteri & Anak Hafidz Roshdi - “Saya Lemah, Bodoh Kerana…”
Malah wajah gembira pasangan mempelai itu juga turut mengundang rasa geram netizen sehingga ada yang mengatakan wanita itu tergamak memberikan senyuman selepas kontroversi berlaku.
Selain itu, kenyataan Hafidz gembira diberi peluang untuk berkahwin dengan cinta pertamanya juga membuatkan netizen meluat.
BERITA TRENDING: "Dia First Love Saya" - Hafidz Roshdi
Antara komen yang diterima:
Terdahulu, Hafidz bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam dengan sekali lafaz pada Sabtu.
Pada majlis pernikahan itu, Hafidz menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan.
BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.