Laman Utama

"Allah Tunjukkan Saya Tak Berbohong" - Nurul Shuhada

gempak
Gempak
16/12/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Allah Tunjukkan Saya Tak Berbohong" - Nurul Shuhada
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mendoakan kebahagiaan bekas suaminya yang baru selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan, Athira Yuhada pada Jumaat.
Pernikahan itu juga sekali gus 'membenarkan' kata-katanya selama ini tentang kisah rumah tangga mereka hingga berakhir dengan perceraian.
"Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah maha baik.
"Saya gembira, sekurang-kurangnya Allah sudah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini," katanya seperti laporan BH Online.

BERITA TRENDING: Kalau Dah Jodoh... Hafidz Roshdi & Athira Yuhada Selamat Bernikah

Pagi tadi, foto dan video majlis pernikahan dikongsi Hafidz di IG menjawab teka-teki hubungan pelakon itu Athira.
Pasangan itu dipercayai bernikah di sebuah premis acara di Shah Alam, berdasarkan foto yang antara lain menampakkan Hafidz dan Athira masing-masing menggayakan busana pengantin rona putih.
Melalui paparan video, Athira juga dilihat mencium tangan Hafidz simbolik mereka kini sah bergelar suami dan isteri.
Hafidz yang juga finalis program pencarian bakat, Hero Remaja Edisi 2011/2012 memuat naik video menyempurnakan lafaz ijab kabul dengan menyertakan mas kahwin bernilai RM300.
Hafidz juga dilihat mengesahkan dirinya milik Athira melalui keterangan gambar berbunyi:
"Alhamdulillah #HafidzAthira."
Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016. Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live