Hafidz Roshdi Naik Pelamin Lagi Lepas Lima Bulan Nikah

Ahmad Shah
Oktober 17, 2016 08:51 MYT
Selepas lima bulan menjalinkan hubungan sebagai pasangan suami isteri, pelakon Hafidz Roshdi dan suri hidupnya sekali lagi diraikan dalam majlis resepsi kedua mereka, kemarin.
Hafidz dan isteri nampak berseri dengan busana pengantin berona krim dan keemasan dalam sebuah majlis persandingan yang diadakan di Astana Impian.
Difahamkan, majlis resepsi yang meriah dan manis itu diadakan untuk meraikan rakan-rakan dan peminat yang tidak sempat hadir resepsi perkahwinannya di Perlis sebelum ini.
Menerusi foto-foto yang dikongsi Hafidz di akaun media sosialnya, jelas kelihatan kemeriahan majlis tersebut.
Jom kita tengok foto-foto Hafidz pada hari persandingannya!

Teks oleh: Syafiqah Jalal

#pelakon #Kahwin #Perkahwinan #Majlis Resepsi #Kahwin #Pelakon