Hafidz Roshdi & Shuhada Sah Cerai Talak Satu - "Puas Hati Dan Gembira..."
Syafiqah Jalal
27/07/2023 03:25 MYT
27/07/2023 03:25 MYT
Pelakon Hafidz Roshdi sah bercerai talak satu dengan Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi tadi.
Hafidz yang ditemui sebaik keluar dari prosiding sebutan pengesahan lafaz cerai yang dibuat akui bersyukur kerana akhirnya semua selesai dengan baik.
"Saya bersyukur kami sudah selesai dengan baik yang mana saya harinini sudah bercerai talak satu.
"Saya nak ucap terima kasih kepada semua yang menghormati privasi saya selama ini.
"Kami selesai cara baik dan tiada pergaduhan. Saya menghormati keputsuan hakim dan saya berpuas hati dan gembira," katanya.
Sementara itu, Peguam Syarie mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata Mahkamah sudah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari 2023.
"Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai melalui Whatsapp pada 20 Januari tidak diterima mahkamah.
"Maka perceraian talak satu bertarikh 22 Februari tahun sah pada hari ini," beritahunya.
Sementara itu, Nurul Shuhada yang berbusana putih turut meluahkan perasaan yang sama. Katanya, dia lega seolah-olah beban yang dipikul selama ini sudah diangkat.
“Alhamdullillah Allah permudahkan semuanya. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban.
"Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain, dan hanya bergantung pada Allah saja.
“Sekarang saya mahu fokus diri sendiri dan anak-anak serta capai cita-cita saya dulu kerana insyaAllah saya mahu sambung belajar,” katanya yang tamat iddah pada Hari Raya Aidilfitri yang kedua.
Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.
Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz bercerai talak satu terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu menerusi panggilan telefon.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Seterusnya, pada 13 Mac lalu, Hafidz didakwa dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor.
Pelakon itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret.
Mengikut pertuduhan Hafidz didakwa menumbuk isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323.
Mahkamah kemudian membenarkan Hafidz diikat jamin RM4,000 selain turut memerintahkan Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.
Pada 9 Jun lalu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, memaklumkan pihak pendakwaan pelakon Hafidz Roshdi disahkan waras dan pertuduhan atasnya layak dibicarakan.