Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad mendapat perhatian selepas membantu mangsa kebakaran yang dikenali sebagai Tokwan.

Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya, Hafiz memberitahu dia telah membina sebuah rumah baharu buat Tokwan bagi meringankan bebannya.

Menurut Hafiz, bukan rumah Tokwan sahaja yang terbakar sebaliknya wang hasil pencarian titik peluh dan motosikal anaknya juga turut musnah.

“Sedih dengar cerita mereka, motor dua biji habis dan barang-barang dalam rumah semua habis. Paling sedih, duit Tokwan hasil dari padi baru je dapat pun habis terbakar.

“Saya cuba bantu mereka untuk bina sebiji rumah yang baru atas tanah yang sama. Alhamdulilah cukup semuanya cost yang diperlukan setakat ini.

“Saya belikan motor untuk anak bongsu Tokwan, sebab motor yang biasa dia hantar anak-anak pergi sekolah dah terbakar juga.

“Walaupun rumah terbakar, Tokwan setiap hari datang rumah tu pukul 8 malam – 11 malam. Dia tak sayang rumah tu, dia rindu kenangan yang ada bersama arwah isteri dalam rumah tu

“Mereka tak henti ucap terima kasih. Alhamdulilah walaupun saya baru kenal mereka dari ujian ni. Mereka adalah sahabat sahabat saya.

“Ada sedikit bahagian dari perniagaan saya dan sahabat sahabat saya semua. Saya kongsikan pada sahabat kita yang memerlukan, kamu semua sahabat saya. Terima Kasih, saya sayang awak semua,” tulisnya.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan terima kasih kepada Hafiz atas niat murninya.

“Alhamdulillah… Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada Hafiz dan keluarga. Moga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah juga buat Tokwan dan keluarga,” komen @_wanisrosley_.

“Allahuakhbar, sedihnya! Semoga dipermudahkan dan semoga abang Hafiz sekeluarga murah rezeki amin,” doa @ zahirahabdullah_.

Hafiz yang juga merupakan suami kepada Instafamous Syafiqah Aina sebelum ini terkenal sebagai antara individu pemurah.