Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Hafiz Mahamad Tampil Beri Penjelasan Video Kaabah, Siap Buat Lakonan Semula Nak Bagi Faham - “Apabila Awak Sentuh Tentang Islam, Saya Sebagai…”

Mya Amri
06/08/2024 05:26 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung sepotong video tular memaparkan kekecohan ketika mahu mencium hajar aswad sehingga didakwa mempermainkan agama.

Hafiz menjelaskan perkara itu menerusi satu video panjang yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Jangan menilai dengan hanya melihat satu babak sahaja


Menurut Hafiz, netizen tidak seharusnya mempercayai setiap perkara yang berlaku hanya dengan melihat satu babak sahaja kerana ia boleh mengundang fitnah.

“Hanya dengan satu scene dah beberapa saat awak dah keluarkan kenyataan sebegini.

“Bila saya lihat hantaran awak, hantaran awak lebih objektifkan untuk mengelirukan orang ramai tentang agama, tak kira la agama Hindu atau agama lain,” ujarnya.


Bertanggungjawan beri penjelasan supaya faham


Dalam video yang sama, Hafiz juga turut menjelaskan sebagai orang Islam dia seharusnya bertanggungjawab atas apa salah faham yang berlaku disebabkan ciapan akaun pengguna dipercayai dari Indian.

“Tetapi apabila awak sentuh tentang Islam, saya sebagai orang Islam dan saya bertanggungjawab di atas nya. Awak yang saya maksudkan adalah media.

“Segala mesej dari awal sampai akhir video ini adalah ditujukan untuk awak.

“Saya akan jelaskan satu per satu bagaimana Islam pentingkan keselamatan wanita muslim,” jelasnya.


Saksikan video penuh Hafiz di bawah:

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)



Terdahulu, kecoh di media sosial apabila terdapat segelintir masyarakat dunia mula mencetuskan fitnah sekali gus mencemarkan imej agama Islam dek kerana isu keselamatan kaum wanita di Tanah Suci Makkah.

Menerusi muat naik di platform X, tular beberapa rakaman yang memaparkan beberapa aksi kurang senang jemaah lelaki yang dikatakan menggugat keselamatan jemaah wanita di Masjidil Haram.

Gara-gara rakaman tersebut, ada yang menganggap tindakan usahawan tersebut merupakan salah satu gangguan melampau terhadap golongan wanita.





BERITA TRENDING: "Hamba Allah Yang Lemah Ini Layak Dihina & Dikutuk Tapi Saya Takkan Lari" - Hafiz Mahamad Perlukan Masa, Minta Nasihat Pakar

BERITA TRENDING: "Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad

BERITA TRENDING: Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

BERITA TRENDING: Hafiz Suip ‘Tayang Badan’, Beri Amaran Kepada Netizen Yang Tuduh Bukan-Bukan - “Izinkan Aku Sepak Muka Korang…”
#Kaabah #Mekah #Isu #Hafiz #'Agama #lakonan semula #mahamad