Hiburan

Hafiz Suip Sedia Lepaskan Isteri, Harap Proses Bercerai Berjalan Lancar - “Kami Memang Dah Tak Ada Persefahaman”

gempak
Khairil Khusyairi
03/01/2025
06:00 MYT
Sponsor Banner
Hafiz Suip Sedia Lepaskan Isteri, Harap Proses Bercerai Berjalan Lancar - “Kami Memang Dah Tak Ada Persefahaman”
Penyanyi Hafiz Suip tampil menjelaskan status rumah tangganya bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah yang dikatakan bergolak sebelum ini.
Menurut Hafiz, dia dan Nureffy kini masih memegang status sebagai suami isteri namun tidak lagi tinggal bersama.
Jelas pelantun lagu hits Awan Nano itu lagi, dia dan isteri kini dalam proses untuk bercerai.
“Status kami sekarang masih suami isteri.
“Kami tidak tinggal sebumbung sebab dalam proses bercerai,” jelasnya dalam satu temu bual.
Dalam pada itu, Hafiz juga memaklumkan tiada persefahaman menjadi punca dia dan isteri memilih untuk tidak akan hidup bersama meskipun berat untuk melepaskan.
“Saya kena terima kenyataan, nak melepaskan memang susah tapi saya tak boleh pentingkan diri.
“Kami tidak menyalahkan antara satu sama lain tapi ambil apa yang berlaku ini sebagai ujian.
“Kalau memang dah tak ada persefahaman, saya lepaskan dengan cara yang baik. Kita tak akan merumitkan keadaan dan membuatkan anak-anak jadi mangsa keadaan,” jelasnya lagi.
Sering diasak dengan kisah rumah tangga sejak tahun lalu, bapa kepada dua cahaya mata itu berharap proses perceraiannya berjalan lancar demi kebaikan anak-anak.
“Saya nak menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa gangguan mana-mana pihak.
“Alhamdulillah, sekarang semuanya berjalan dengan lancar cuma masih dalam proses mahkamah. Saya nak yang terbaik.
“Kami juga sedang berunding untuk hak penjagaan anak-anak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, timbul dakwaan mengenai status rumah tangga pelantun lagu Ku Akui itu sedang bergolak apabila tiada lagi perkongsian rumah tangga di media sosial mereka.
Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip Fokus Jaga Ibu Terlantar Sakit, Terpaksa Berenggang Sekejap Dengan Isteri - “Bagi Saya Semua Ini…”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjubah Gelap, Hantaran Isteri Hafiz Suip Cetus Perhatian – “Bismillah, Doa Yang Baik-Baik”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024